TIP BISNES ONLINE

Pada Sabtu dan Ahad lepas, nadia join satu trainning khas untuk Supervisor Shaklee dan ke atas iaitu START YOUR OWN BUSSINESS (SYOB). 

Banyak sangat pengalaman baru sepanjang 2 hari berprogram. Ada 7 Modul semuanya. Cuma nadia tertarik untuk berkongsi tentang Tip Bisnes Online sebab nya sekarang ramai sangat orang berbisnes online dan bekerja dari rumah kan..

Setiap bisnes pasti tidak terlepas daripada hubungan sesama manusia samada menjual barang atau perkhidmatan. Ini semua menggunakan skil komunikasi yang tinggi.

Bila sebut 'start new conversation', terus terlintas di fikiran kita untuk fikir bagaimana untuk memulakan perbualan melalui online. 

Banyak medium yang boleh digunakan secara Online antaranya
✅ Facebook
✅ Instagram
✅ Whatsapp
✅ Twitter
✅ Blog
✅ Youtube
✅ Tik Tok


Objektif utama kita yang buat bisnes online pastinya  untuk berhubung dengan orang dan juga membina networking seramai yang mungkin

Selain itu, objektif lain antaranya

🍀untuk kenalkan produk/ perkhidmatan
🍀Berkongsi tentang Peluang Bisnes
🍀Jemput ke Home Party / Product Fair
🍀Berkongsi tentang pengalaman / testimoni

KELEBIHAN ONLINE BISNES?
🟢 Potensi Yang Tahu kewujudan kita sebagai founder/agent ramai.
🟢 Boleh gunakan pelbagai content yang sama untuk setiap platform
🟢 24jam content untuk di view oleh orang lain
🟢 Tiada cas di perlukan

Mode Online Bisnes
🔵 Bermula dari seorang kepada ramai2 (menjala)
🔵 Lepas tu boleh fokus 1 to 1 (Pancing)

Bagaimana?
🟠 Mula buat posting di media sosial
🟠 Buat content di Blog
🟠 Aktif di Status 
🟠 juga Story
🟠 Creative Video

Ini semua boleh bantu untuk kita mulakan perbualan pertama jika kita baru bermula buat bisnes Online

Usaha untuk adakan komunikasi 2 hala setiap kali ada yang respon kepada content2 kita..

Jangan hanya harap orang like, komen Share content2 kita tanpa kita balas dan respon kepada mereka..

Komunikasi 2 hala perlu berlaku walaupun secara online medium.

Ini hanyalah 20% sahaja antara nota-nota dari modul 1 semasa nadia join SYOB. Anda rasa Entry ini bermanfaat? Nak tahu lagi? Boleh komen. Nanti nadia kongsi lebih lagi.


Comments