5 TIPS TRAVEL BERSAMA ANAK


Bercuti adalah saat paling mengembirakan bagi mereka yang bercadang untuk keluar dari rutin harian sementara. Begitu juga bagi ibu bapa yang merancang untuk bawa anak-anak bersama "healing" di lokasi jauh dari rumah mereka 

Walaubagaimanapun ianya menjadi kebimbangan kepada mak ayah apabila merancang untuk pergi bercuti bersama anak-anak dari persiapan pergi, semasa dan selepas bercuti.

Nadia sendiri mengakui sangat berbeza persiapanya bercuti bersama pasangan/kawan-kawan dengan bersama anak-anak. Kalau dahulunya, boleh berjalan-jalan tanpa di rancang malah dalam perjalanan baru nak booking hotel, baru nak plan nak pergi mana. 

Sekarang anak dah ramai, perjalanan juga mesti di rancang supaya kita tidak tertekan dan perjalanan percutian lebih indah dan tenang. Hah! Jom nadia kongsikan 5 tip percutian bersama anak-anak. Mungkin sangat membantu anda yang pertama kali travel bersama anak-anak. 


1. PERANCANGAN SEBELUM PERCUTIAN

Kita mungkin mudah untuk bawa kelengkapan harian tetapi tidak pada anak-anak kita yang mempunyai keperluan yang pelbagai terutama anak kecil di usia 2 tahun kebawah.

Perancangan dari segi penginapan, kenderaan juga tempat yang ingin di lawati perlu di rancang dan di 'google' terlebih dahulu bagi memastikan keadaan di sana 'kids friendly'. 

Jika menaiki kapal terbang, pastikan ibu ayah double -check jadual penerbangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seperti waktu tertunda dan pastikan anak tidak perlu menunggu masa yang lama apabila sampai ke pusat lapangan terbang.




2. KELENGKAPAN 'KIT KELAPARAN' 

Bagi mengelakkan anak2 mula berzikir 'lapar' di dalam kenderaan, penting untuk kita menyediakan makanan yang mencukupi supaya ibu ayah tidak perlu berhenti banyak kali, atau pergi ke kedai2 untuk membeli makanan di kedai2 yang belum tentu harganya mengikut budget kita. 

Makanan seperti roti, biskut, air kotak dan air mineral/air masak kena sentiasa ada. Jangan lupa susu dan botol susu. Bila anak dalam keadaan perut kenyang insyaAllah anak tidak akan meragam.

Untuk bayi pula kena standby biskut atau baby bites. Bawa mini thermos dan instant baby food supaya mudah untuk kita sediakan serta suap anak dimana sahaja.




3. KELENGKAPAN 'KIT KESIHATAN' 

Perkara yang paling merisaukan makayah apabila anak-anak demam, jatuh atau sakit perut semasa percutian.

Sangat penting untuk sediakan mini first aid kit yang ada minyak angin, minyak gamat, ubat demam pcm, ubat bontot, balm, bandage plaster untuk luka dan paling penting mencegah lebih baik dari merawat iaitu suppliment boost imune anak-anak. Seperti nadia, nadia selalu sediakan Hero Kiddo dan Nutriferon untuk anak-anak nadia. 


Untuk ibu menyusu juga perlu ambil Vitamin C atau top up juga dengan nutriferon untuk khasiat bayi menyusu. 


Penyediaan kelengkapan 'kita kesihatan' ini amat penting kerana ia boleh jadi penawar sementara sebelum ibu ayH berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.



4.  KELENGKAPAN 'EXTRA ATTENTION'

Anak-anak kecil perlukan perhatian tambahan ketika perjalanan samada dalam kereta atau kapal terbang. Mereka pasti perlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan masa perjalanan terutama perjalanan jauh yang mengambil masa berjam-jam.

Bawa barang mainan/buku yang boleh mengalih tumpuan mereka. Mak Ayah boleh bawa barang mainan seperti patung, sticker, barang magnet, dan buku-buku mewarna di dalam beg.

Semasa perjalanan, mak ayah cuba elak keluarkan semua permainan tersebut pada satu masa, bawa keluar satu persatu. Bagi mereka bermain dengan satu permainan sehingga mereka mula merasa bosan dan keluarkan permainan yang lain pula.

Cuba elakkan bawa permainan yang boleh keluarkan bunyi yang bising kerana ini akan menganggu pemanduan kita (kereta) juga penumpang yang lain (kapal terbang atau kenderaan awam yang lain)



5. EMOSI MAK AYAH

Apa-apapun untuk jalani percutian dengan gembira dan bahagia bersama anak-anak, penting sangat ibu ayah menjaga emosi sepanjang perjalanan. 

Mulakan perjalanan dengan doa dan zikir agar Allah permudahkan perjalanan juga menjaga anak-anak kita sepanjang perjalanan percutian kita. Tiada siapa yang boleh jagakan anak-anak juga emosi makayah selain dari Allah.

 


Semoga 5 Tip Travel Bersama anak ini membantu mak ayah dalam persediaan perjalanan untuk percutian yang lebih bermakna.


Comments