PETUA HILANG JERAGAT

 


Jeragat? Semakin meningkat usia, menjadi ketakutan ye buat kita dengan muka jeragat.  siapa je yang suka. Semua orang mesti inginkan kulit wajah yang lembut, licin dan berseri. Pasti ianya sukar jika kita mengalami masalah jeragat ni.

Terasa malu, kurang keyakinan diri juga terasa ingin jauh dengan orang ramai, itu lah perkara yang akan di lalui oleh mereka yang mengalami masalah jeragat.

Jeragat boleh terjadi apabila pembentukan minyak, sel-sel kulit mati dan juga bakteria berkumpul di bahagian liang muka terutama sekali di hidung, dahi, dagu dan pipi.


Entry nadia kali  ni nadia nak berkongsi antara alternatif yang kita boleh buat untuk kurangkan atau hilangkan jeragat.


Lemon

Lemon mengandungi asid dan vitamin yang mampu menghapuskan jeragat yang degil.

Cadangan penggunaannya hanya sapukan sahaja lemon di bahagian yang berjeragat, kemudian basuh muka menggunakan air sejuk.


Lidah Buaya (Aloe vera)

 Lidah Buaya boleh diijadikan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat di wajah muka.

Manfaat aloe vera untuk kulit muka memang banyak. Antaranya 

1. Mencerahkan wajah

2. Melindungi dari sinar matahari

3. Mengecut dan menghilangkan jeragat

4. Mengatasi kulit kering dan berminyak.

5. Menghilangkan jeragat.

6. Memperbaiki sel-sel kulit yang mati

Cara penggunaannya, sebelum menyapukan aloe vera ke atas muka, pastikan muka anda bersih terlebih dahulu. Setelah sudah sapukan gel aloe vera, biarkan kering dan selepas itu bilas menggunakan air suam.


Kulit kayu manis

Kulit kayu manis amat berguna dalam menyokong penjagaan kulit semula.

Cara penggunaannya adalah dengan campurkan kulit kayu manis dengan 3 sudu besar madu. Madu merupakan antibiotik semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit wajah kita.

Sapukan campuran pes tersebut ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilaskan muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.



Teh hijau

Ramai yang tahu kebaikan minum teh hijau sesuai untuk tingkatkan metabolisme juga kesihatan badan tapi tak ramai tahu bahawa teh hijau mampu menghilangkan jeragat. 

Cara penggunaannya adalah dengan sapukan pes teh hijau di seluruh wajah muka dan biarkan kering. Selepas itu, bilaskan muka menggunakan air suam.


Telur putih

Telur Putih ada banyak manfaatnya untuk wajah. Walaupun baunya sedikit hanyir, tetapi ia amat bagus untuk menghilangkan jeragat.

Cara Penggunaannya adalah pastikan wajah muka anda dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan telur putih di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapukan lapisan kedua. Selepas kering sepenuhnya, basuhkan muka menggunakan air suam.

SHAKLEE ADA KE PRODUK BANTU UNTUK HILANGKAN JERAGAT?




Berminat untuk dapatkan konsultasi Percuma pengambilan Supplement Shaklee dan berminat menjadi bisnes partner nadia? Hubungi nadia sekarang  013-7938291 atau just klik JOIN NOW





Comments