1. Minum Air Secukupnya
Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
keperluan air dalam badan sangat2 penting kan! kiraan paling mudah untuk air kosong ni depend pada badan kita..
1L=25kg..
sebagai contoh berat nadia 53 kg..so badan nadia perlu 2.12L air sehari..Bagai kalau berat anda lebih dari 100kg?
Paling penting:
Warna Urin.
Di sebabkan keperluan air seharian kita berbeza2 dari hari ke hari, kaedah yang paling tepat untuk menilai keperluan air badan kita “sekarang” adalah dengan tengok warna urin kita
✔ kalau macam kekuningan,
badan kita tak cukup air. So, kita kena tingkatkan pengambilan air.
✔Warna yang jernih atau keputihan menunjukkan hidrasi badan kita baik tapi jangan pulak berhenti minum air. Terus minum air ikut keperluan untuk elak daripada dehidrasi.
2. Diet yang Sihat
Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
adakan waktu makan yang betul dan juga pemakanan yang sihat (suku suku separuh) supaya membantu kita dalam menguruskan emosi dan juga kesihatamln badan.
3. Bersenam atau Aktiviti Fizikal
Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.
4. Tangani Stress
Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik atau alunan Al-quran dan zikir lembut di bilik bagi meredakan ketegangan.
5. Tidur Berkualiti
Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.
Semoga 5 amalan gaya hidup sihat ini dapat membantu kita dalam mengubah kehidupan yang lebih tenang dan bahagia. Sama-sama kita amalkan demi kesejahteraan diri dan keluarga kita..
Comments