☀️☀️Beberapa kawasan di Malaysia telah dilanda cuaca panas dengan suhu yang tinggi sejak kebelakangan ini.
🔥Fenomena cuaca panas ini memberi kesan kepada kesihatan seperti boleh mengakibatkan strok haba apabila terdedah kepada keadaan ini secara berterusan.
👨👨👧👧Terdapat beberapa golongan yang berisiko tinggi apabila terdedah kepada cuaca panas disebabkan oleh faktor umur, jenis pekerjaan dan status kesihatan yang perlu diberi perhatian.
☀️☀️Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah meramalkan 9 kawasan di Malaysia akan mengalami cuaca panas sehingga 37 darjah Celsius iaitu pada tahap berjaga-jaga.
Cuaca panas boleh memudaratkan kesihatan.
📌Kesan kesihatan akibat cuaca panas boleh berlaku dari tahap ringan (mild) sehingga teruk seperti strok haba yang boleh menyebabkan kematian.
![]() |
klik gambar untuk berita penuh |
✅Oleh itu, kita perlu mengambil tindakan segera untuk mengurangkan implikasi kesihatan akibat cuaca panas.
📌 Kita juga perlu mendapatkan nasihat perubatan sekiranya gejala berterusan dan semakin teruk.
👩⚕️🏥
🔥🌞Fenomena cuaca panas ini boleh menyebabkan penyakit dalam kalangan masyarakat seperti ruam panas, kekejangan haba dan strok haba.
✅ Oleh itu, kita sangat disarankan untuk mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dari kesan cuaca panas tersebut demi memastikan kesihatan berada pada tahap optimum.
☀️ Pendedahan kepada cuaca panas yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA.
💧 Kekal hidrat. Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti kita. Jangan tunggu hingga kita dahaga.
⛱️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk.
🚨 Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba. Sila dapatkan rawatan.
Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut❗
![]() |
klik gambar untuk berita penuh |
Oleh itu, langkah bagi mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas perlu diambil untuk mengurangkan kesan terhadap kesihatan.‼️
Apa peranan kita apabila terlihat orang sekeliling mengalami tanda-tanda 'strok haba'?
Kita disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Semoga usaha-usaha ini dapat mengurangkan gejala strok haba berterusan terutama kepada golongan yang berisiko tinggi menghadapinya.
Peranan kita sangat penting untuk sebarkan kesedaran bahaya cuaca panas dan bagaimana untuk kurangkan symtom-symtom strok haba supaya tiada lagi kematian akibat penyakit berkaitan cuaca panas.
![]() |
klik gambar untuk berita penuh |
Jika anda rasa Entry Nadia ini bermanfaat, sebarkan ye supaya lebih ramai orang ketahui dan cakna akan isu ini. Sama - sama kita usaha untuk kita jaga kita.
Berminat untuk dapatkan konsultasi Percuma pengambilan Supplement Shaklee dan berminat menjadi bisnes partner nadia? Hubungi nadia sekarang 013-7938291 atau just klik JOIN NOW.
Comments