IBU AYAH :')

Telah lama jari jemari tidak menari-nari di ruangan ini..
Terasa bongkak nya diri.. Riaknya hati.. Takabbur nya aku ini..
membuatkan jari berat untuk berkongsi..
Dalam mengatur Hati, dan mencari ruang untuk diri..
Blog ini tempat aku mengisi Tarbiyah diri..
dan membuka pintu dakwah seandainya ada yang membaca dan mengamati..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya perancangan ALLAH itu sebaik-baik perancangan..
Teringat pada kisah ku dahulu yang tercatat di dalam blog ini yang bertajuk Pondok vs Rumah..
Kini Allah memberi ruang sekali lagi untuk aku mengisi celahan kehidupan dengan mengumpul saham-saham akhirat. .
Dahulunya aku menjaga tok dan tokwan seorang diri selama sebulan sepanjang Ramadan..
dan ternyata tarbiyahnya sangat berbeza berbanding apa yang berlaku kini..




 
Terlihat dihadapan aku kini adalah seorang anak yang sedang melaksanakan tuntutannya kepada kedua orang tuanya..Oleh kerana si anak yang tidak pandai memandu.. Aku hadir ke sini untuk membantu urusan penghantaran pergi dan balik dari hospital ke rumah  dan urusan-urusan yang melibatkan pengurusan luar..Syukur Allah beri aku sedikit kelebihan dalam memandu kereta manual dan auto. Atas nikmat Allah ini, aku mencari ruang untuk membantu mereka yang sangat memerlukan. Atas nikmat ini, aku dapat melaksanakan tuntutan ku sebagai cucu kepada mereka.. Terima Kasih dan Syukur padamu ALLAH..
 
Sepanjang kehadiran aku di sini, terlihat dihadapanku seorang anak yang sungguh mengasihi kedua orang tuanya.. Sedang aku melihat kasih sayang yang dicurahkan, tanpa sedar mata ku berair dan jatuh ke pipi.. Manamungkin tidak di tangisi melihat seorang anak yang menjaga kedua orang tuanya dengan sungguh berhikmah dan sempurna...
 
Melihat si bapa yang tidak mampu membuat segala perkara sendiri..
Si anak mula melangkah membantu setiap sudut dengan caranya sendiri..
Si bapa yang berada si Hospital dalam keadaan lemah dan tidak mampu berdiri sendiri..
Si anak mengambil langkah untuk memangku si bapanya untuk ke bilik air..
Sedang si bapa Muntah tanpa sengaja..
Si anak melabuhkan kedua-dua tangan dan si bapa muntah di tangannya..
Sedang si bapa tidak tahan membuang air kecil..
Si anak mengambil baldi terdekat dan menadahnya...
Sedang si bapa tidak tahan membuang air besar..
Si anak berusaha mengangkat ke kerusi roda dan menolak ke bilik air..
Sedang mereka berada di dalam bilik air..
Si bapa yang tidak bermaya..
Si anak memandikan si bapa dengan penuh kasih sayang..
Setalah selesai semuanya..
Si anak memakaikan baju dan menyikat rambut si bapa..
tidak cukup dengan itu, di bawanya makanan kegemaran si bapa..
Si anak tidak pernah sedikit pun mengeluh..
Sebelum meninggalkan si bapa..
Si anak mencium dahi si bapa dan menggenggam tangan si bapa seakan-akan tidak mahu meninggalkan si bapa keseorangan..
Si anak itu seorang WANITA yang pastinya di larang untuk tinggal bermalam di wad lelaki..
Andai di beri keizinan pasti si anak tidak mahu meninggalkan bapanya keseorangan.
 
Tidak cukup di hospital.. pulangnya di rumah melaksanakan tuntutannya sebagai anak kepada si emak..
Si emak yang mampu berjalan tetapi sedikit perlahan dengan bantuan tongkat 4kaki..
Si emak tidak pernah lelah dengan percakapan yang pelbagai..
dan si anak meraikan tanpa jemu..
si anak meneruskan kerja-kerjanya di rumah..
memasak, mengurus rumah.
setiap perkara yang di lakukan sentiasa meminta izin si emak dalam setiap keputusan walaupun hakikatnya ia sekadar perkara kecil..
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Seandainya di beri PELUANG oleh Allah untuk kita berada di tempat si anak..
MAMPUKAH?
Seandainya di beri NIKMAT oleh Allah untuk kita mengumpul saham akhirat seperti ini..
SUDIKAH?
Seandainya di beri KEBAHAGIAN DUNIA atas tuntutan kita sebagai seorang suami/isteri atau bapa/ibu..
ADAKAH MAMPU DAN SUDI KITA MENJAGA IBU DAN BAPA YANG MEMBESAR DAN MENDIDIK KITA SEJAK KECIL?
 
Allah..
Hari ini mungkin kita kata MAMPU..
Hari ini mungkin kita kata SUDI..
Tetapi
andai Allah beri PELUANG pasangan dan anak-anak2?
andai Allah beri NIKMAT kita mendapat pangkat yang besar?
Mampu dan sudikah kita memberi sedikit ruang celahan kehidupan untuk berbakti kepada IBU dan BAPA kita?
 
 
 
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Kita ada IBUAYAH..
Mereka Membesarkan kita susah payah..
Bukan minta Duit yang melimpah ruah..
Cuma inginkan Kasih Sayang kita yang tak mampu mereka luah..
 
Mereka mungkin banyak telatah..
Tidak salah meraikan tanpa melawan walau sepatah..
Kenapa buat tak endah..
Jangan ambil terlalu mudah..
 
Sama-sama kita muhasabah..
sudah-sudahlah membantah..
mereka mendidik kita dengan tabah..
Semoga kita dalam kalangan anak-anak soleh dan solehah..
:')
 
 

 
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Tercatatnya setiap tulisan ku di dalam blog ini adalah sebagai peringatan buat aku yang sentiasa leka dengan NIKMAT DUNIA..
Seandainya aku Jatuh satu hari nanti.. Blog ini menjadi pengisian buat diri.
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

Comments