Kematian Yang Pasti

20/3/2014
Khamis itu..
Dia mengajar dengan penuh semangat..
Khamis itu..
Dia mengajar dengan penuh sungguh2.....
Khamis itu..
DIa berjenaka dengan senyuman yang tidak pernah lesu..

Dari Shah Alam Ke Bangi..
mana pernah dia letih..
mana pernah dia lelah..

beri sahaja papan putih sebanyak mana..
semua di hiasi dengan lakaran Quantum Mechanicsnya..
semua di hiasi dengan lakaran programming..

beri sahaja ruang..
kata2nya tidak pernah sia2..
Beri sahaja peluang..
tidak pernah dia berhenti untuk berkata2..

21/3/2014
Jumaat itu...
Kami menunggu kehadirannya..
Tidak kunjung juga..
Di beritahu
dia telah masuk ke ICU,
Strok kata mereka..

25/3/2014
Selasa itu..
Dia masih di sana..
Kami menanti dengan harapan ada kelas lagi dengannya..
Ternyata Hampa..

Kami ke sana melawatinya..
Pesan ku pada sahabat2..
"Katakan sesuatu..Anggaplah Dia mendengar kata2 anak2 didiknya"
Kami mula bicara di telinganya..

"Prof Kuat ye.. Kami Rindu untuk dengar prof mengajar..
Prof,kami sentiasa doakan prof dalam solat kami..
Insyallah Kami yakin prof akan sembuh..Lepas prof sehat nanti, prof ajar kami macam biasa ye..kami dah biasa dengan cara prof ajar............ "

Ku melihat air matanya mengalir ke pipi..
Air mataku turut mengiringi..
Andai benar dia mendengar luahan hati anak2 didiknya ini..
Terima Kasih ALLAH berikan dia ruang dan peluang untuk berehat..
Terima Kasih ALLAH beri kami ruang dan peluang untuk berterima kasih kepadanya..
Walaupun jasadnya berbaring kaku.......

2/4/2014
Kelmarin..
ku lihat jasadnya lagi..
baringnya bukan lagi dikatil itu...
dia di angkat bersama kain berwarna putih..
ku berlari anak dengan harapan sempat untuk melihat wajahnya..

Tetapi sayang..
dia kini berbaring di situ..
jauh dari pandangan mata ku..
ramai yang datang melihat peristiwa itu..

Kini..
Wajahnya tidak kelihatan di fakulti lagi..
biliknya lekang dengan kehadiran anak muridnya yang selalu hadir untuk bertanya soalan kepadanya..
tiada apa yang tertinggal selain dari
ilmunya yang terpahat dalam setiap diri anak-anak didiknya,..

Semoga dia berehat dengan Tenang di sana..

=Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman=

tiada lagi kelas bersama prof..

Isnin 11-12pg - Applied Quantum Mechanics
Selasa 2-3ptg - Advanced Computational Physics
Rabu 2-3ptg- Applied Quantum Mechanics
Khamis 2-3ptg- Advanced Computational Physics
Jumaat 10-11pg- Advanced Computational Physics
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Pada 2/4/2014 - Prof Madya Dr. Ahmad Puaad Othman
Aku dan sahabat2 sekelas fizik di kejutkan dengan kehilangan Pensyarah yang mengajar kami sejak sarjanamuda. Kerana penyakitnya yang kami tidak ketahui. Dia sangat ceria dan tidak putus membantu kami dalam mengenal ilmu Mekanik Kuantum serta Komputasi. Aku sempat melawat Prof semasa dia dalam ICU akibat strok..dan ke perkebumiannya di shah alam.
 
tidak sudah dengan itu..
 
Pada 20/4/2014- Aman
Aku dikejutkan dengan kehilangan kawan.. tidak lah sungguh rapat.. tetapi dia yang sedikit sebanyak mengenalkan aku pada Akademi Infitah. Tempat yang pernah ku kerja dulu sebelum melanjutkan pelajar ke bidang sarjana ini.. Dia tidak lah ku kenali. tetapi hadirnya seperti abang yang menasihati adik untuk mengenal dunia pekerjaan.. Terkejut akan kematiannya lemas di sungai. Aku tidak sempat menghadiri perkebumiannya setelah aku mendapat khabarnya sedikit lewat.
 
tidak sudah dengan itu..
 
Pada 21/4/2014- Syakila dan
Sedang aku ingin ke Kolej KIAM untuk menghantar Laptop yang rosak.. Terlintas untuk menziarah sahabat Syurga ku,Syakila.. Saat itu, aku menelefonnya, tidak pula di angkat... Setelah itu, dia menelefon ku dan menangis meminta pertolangan akibat dia baru sahaja kemalangan moto.. Ku terus melawan arah pergi ke tempat kejadian.. Sungguh melihat sahabat yang tersidai di tepi jalan dengan tidak mampu bergerak.. Aku mengangkatnya terus ke Klnik berdekatan dan ku jaganya di bilik ku..kerana dia tidak mampu bergerak dengan kaki nya yang bertongkat. Esoknya ku bawanya ke hospital Kajang bagi rawatan selanjutnya. Dan esoknya pula mama dan abah nya mengambilnya pulang.. Bertemu dengan mama dan abahnya terasa seperti bertemu dengan mak dan ayah sendiri.. Syakila kini masih bertongkat.
 
tidak sudah dengan itu,
 
Pada 27/4/2014-Ayah Syakila
Baru sahaja aku bertemu dengan ayah kila semasa ayahnya mengambil dia pulang. Mendapat berita petang itu, ayahnya jatuh dari pokok.. mahu menebatang dahan di halaman rumahnya.
Terbaring ayahnya kini di hospital akibat patah tulang belakang. Baru sahaja aku pergi melawat ayahnya di Hospitar HTAR Klang. Saat aku menggembirakan ayahnya dengan telatah dan jenaka ku, melihat ayahnya tersenyum, sedang hati sungguh sebak akan ujian yang menimpa sahabat syurga ku.. Cemburu aku kerana ALLAH sedang memandangnya.. ALLAH sedang melihatnya dengan memberi ujian sehebat ini..kehidupan yang besederhana dan ana tunggal kepada mama dan abahnya.. Semoga ALLAH beri kesembuhan kepada kedua2nya..

 
tidak sudah dengan itu,
 
 
Pada 27/4/2014- Zulhilmi
 
Adik saya (keluarga angkat). Saya rapat dengan dia ketika saya belajar di Kolej Matrikulasi Kedah dahalu.. Keluarganya adalah keluarga saya yang terdekat semasa belajar d changlun. Mereka Keluarga Angkat saya.. Zul belajar di UPM..walaupun dekat, tidak pernah aku melawatnya.. tetapi seminggu sebelum kejadian.. entah kenapa hati sungguh teringin bertemu dengannya kerana dia kerat kali juga bertanya " akak, akak bila nak jumpa dengan adik.." ternyata kekangan masa buat aku jauh dan jarang bertanya khabar mereka.. kini, aku melawatnya sedang dia terbaring kaku di Hospital Serdang.. KOMA untuk hari yang ke tiga.. ALLAHUAKHBAR..
 

 
Bulan ini adalah bulan yang sungguh membuat aku muhasabah akan hampirnya aku dengan kematian yang pasti.. ALLAH  beri peringatan kepada ku dengan mendekatkan aku pada pelbagai kejadiaan di hadapan mata.. Sejenak aku muhasabah,
 
* Andai aku pergi dulu, apa yang telah aku lakukan untuk ISLAM..
* Andai ALLAH ambil insan yang paling aku sayang, mampukah aku redha akan pemergiannya..
 
 
Sedang ALLAH menguji akan sebuah kehilangan, kemana tempat pengharapan yang tertinggi selain DIA.
Allah sedang uji kecintaan kita padaNYA, dengan mengambil mereka yang kita CINTA..
Kekadang terlintas di dalam hati, kenapa sebuah kematian itu perlu di iringin dengan kesedihan, sedang mereka itu  ingin bertemu Tuhan yang kita CINTA.
 
Tersemat dalam hati yang kerdil ini..
Kita belum di uji dengan KECINTAAN KITA PADA ALLAH, selagi ALLAH tidak mengambil orang yang kita Cintai..
Kita belum cukup BerCINTA dengan ALLAH selagi kita tidak REDHA akan pemergian orang yang kita CINTA kepadaNYA..
 
 
Sujud Doa ku..
 
 Jika Kematian itu baik buatku, Matikan Aku dalam Islam.. Matikan aku dalam Iman..
Jika Sebaliknya jika Kehidupan ini baik buatku, Isitqomahkan aku dalam beribadah kepadamu,
Lorongkan aku untuk terus mencintaimu dan kekasihmu Rasulullah saw.
 
 

Comments