Dedikasi buat sahabat :')

Tangan ini telah lama berhenti menari di keyboard untuk mengisi ruangan blog sizanamylife.blogspot.com. Dengan Izin ALLAH jari jemari ini bertatih kembali menari bagi mengisi ruangan waktu mencipta pengalaman terindah bersama seorang yang bergelar SAHABAT.

Di hari lahirku yang ke 23 tahun, ku menerima sepucuk surat yang membuat hati terlalu sebak akan sebuah persahabatan yang terikat dengan ikatan Lillahitaala..

tidak ada apa yang mampu aku katakan,


Dedikasi buat mu sahabat ku NUR SYAKILA ABDULLAH

ALLAH beri aku ruang dan sedikit waktu,
mencari sahabat untuk kekuatan akidah yang satu,
dulu dia ku kenal seorang yang pemalu,
andai di usik, hanya senyum tersipu malu, 

waktu berganti waktu,
kami di ikat untuk mengenal ALLAH yang satu,
berjuang di medan yang sama tanpa mengenal erti lesu,
bakat terpendam mu semua terserlah di situ.

kau hebat dari pandangan ku,
tidak pernah mengeluh atau mengadu,
di beri amanah tidak pernah menolak hanya diam membisu,
ramai terpaku melihat hasil tangan mu.



Allah berikan kita kesempatan untuk mengenali,
Ukhwah itu tercipta bukan dengan sendiri,
pelbagai cabaran dan ujian kita tempuhi,
aku pasti kau juga sedari.

dahulunya kau sentiasa di sisi,
kemana sahaja tidak pernah bersendiri,
kau sentiasa menemani,
biar apapun berlaku keyakinan kita hanya pada ilahi.

bila aku rebah,kau bangkit bawa aku berdiri,
andai kau tersungkur, aku hadir bawa kau bangun kembali,
tidak pernah merasakan jauh walau seinci,
itu semua nikmat ALLAH beri saat kau berada di sisi.


Kini ALLAH uji,
Kau di sana dan aku di sini,
Andai diri ku tidak bersama dengan mu lagi,
aku mengharapkan kau kuat dengan adanya ALLAH di sisi.

Bersabarlah sahabat yang ku cintai,
Ukhwah ini tidak pernah berakhir seperti yang kau kuathiri,
Andai ALLAH tidak izinkan kita bertemu lagi.
Ingatilah janji kita dulu Ukhwah kita hingga ke SYURGA nanti.







Comments