Aku Dah BEKERJA???!


Kenapa Aku Memilih Untuk Menjadi Seorang Manager Di Usia 22 Tahun..???

* Aku Bercita-cita untuk menjadi seorang motivator yang mampu berhujah atas pengalaman dan pembacaan..
* Aku Gemar Bekerja dengan Manusia, mengenal sifat manusia dalam konteks pemikiran dan akhlak mereka..
* Aku belajar Erti TARBIYAH Kehidupan Sebagai Seorang pemimpin di samping dipimpin oleh sahabat2 yang lebih berpengalaman..
* Aku ingin menjadi insan yang berjaya atas landasan aku sendiri.
*Aku ingin Maju atas usaha aku sendiri dan menguji ketabahan serta kesabaran yang ada pada diri ku sendiri..
* untuk aku lebih dekat dengan ALLAH pemimpin tertinggi dan TERAGUNG dalam bumi ciptaanNYA,

Yang Utama
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadis bermaksud 
"9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan."
(Hadis riwayat Tirmizi)



Kenapa Aku Memilih Untuk menjadi TUTOR sebagai pekerjaan sampingan???

* Aku Tahu ilmu ini milik ALLAH, dan ALLAH pinjamkan kepada ku untuk aku amalkan serta sebarkan untuk anak-anak warisanku.
*Aku yakin dengan mengajar anak-anak ini, memberi 1000 kebaikan untuk aku dan mereka. 
*Sudah tentu ini adalah salah satu cabang DAKWAH buat ku bukan sahaja untuk anak-anak yang aku mengajar malah buat ibu bapa dan kaum keluarga mereka.
* Dengan mengajar mampu meningkatkan kesungguhan aku untuk lebih menghargai ilmu dan berusaha untuk lebih memahaminya bukan sahaja ILMU FARDHU AIN malah ILMU FADHU KIFAYAH turut dapat ditingkatkan.

Yang Utama
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda
"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yang dibawa pergi iaitu sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT, anak yang soleh berdoa kepadanya."
( Hadis Riwayat Muslim)



Kenapa Aku memilih untuk membina hubungan dengan manusia bukan dengan alatan di makmal???

* Kerana aku yakin, ALLAH ada bersama ku..
* Kerana aku Yakin, ALLAH beri aku peluang berbakti kepada Masyarakat
* Kerana Aku Yakin, ILMU itu jalan membawa aku dan mereka ke SYURGA..
* Kerana AKu ingin memegang setiap hati-hati mereka untuk mendekati ALLAH..

"Hatta Engkau Terjun Ke Neraka, Aku Tetap Akan Terjun Untuk Mengambilmu Semula Kerana Aku Cintakan Engkau keranaNYa, Mahu Berpimpin Tangan Tika Masuk Ke Syurga Sana"
ungkapan yang bagi ku perlu ada pada setiap hati seorang Dae'i kepada Mad'u nya..



Allah letakkan aku di sini,
menjadi seorang yang berdikari,
mungkin ramai yang tidak berpuas hati,
tidak mengapa aku mengerti.

Aku di ajari bukan bersendiri,
Kerja marketing, Admin, segalanya aku pelajari,
mereka mentor dan aku mantee,
sukar untuk aku luahkan betapa aku sungguh terhutang budi.
Semoga ALLAH permudahkan urusan mereka yang sentiasa berada di sisi,
memberi ruang untuk aku kerja sendiri,
di umur muda ini

Mereka yakin aku ada potensi,
sedang aku hanya usaha tanpa rasa sangsi,
Aku takut andai aku berubah hati,
Mencari hala tuju yang bukan di ingini

Hanya Istiqarah kuatkan hati,
Jika Allah izinkan diri terus berada di sini,
AMANAH ini aku turuti,
tidak mungkin ku berpaling lagi.
Ku hanya Mohon Redha Ilahi.
UNTUK SYURGA YANG ABADI..







Comments

Muhamad said…
Menarik...penulis muda berjiwa dewasa