Kenangan UKM (Part 10) PROJEK TAHUN AKHIR..




Ini Universiti Saya!
Universiti yang mengajar saya banyak perkara..
cuma kali ini nak cerita apa yang saya buat untuk FINAL YEAR PROJECT..
THESIS! OK... x lari dari perkataan STRESS!! huhu...

sebagai MAHASISWA IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN DALAM FIZIK tanggungjawab saya sebagai ISLAM untuk menghadirkan diri dalam ilmu FARDHU KIFAYAH ini untuk berkongsi apa yang saya tahu..dan saya faham dalam bidang ini.. melalui ilmu fardhu kifayah tidak bermakna saya melupakan fardhu Ain... insyallah dengan mementingkan kedua-duanya pasti Allah redha tiap langkah kita..

* FARDHU KIFAYAH : tidak wajib atas individu..jika ada sekelompak telah lakukannya kita terlepas..jika sebaliknya wajib ke atas kita untuk melaksanakannya..
* FARDHU AIN : wajib atas setiap individu (solat, menuntut ilmu agama)

ok! berbalik pada projek Akhir yang saya jalankan!
TAJUKnya

KESAN KEPEKATAN PELOPOR TERHADAP TATASUSUNAN NANOROD ZnO
TERSALUT FILEM MEH-PPV



malas nak cerita panjang...
ni semua bahan-bahannya..
pertama kali jumpa..
cam TERUJA sangatlah kannn...
PENYELIA yang sangat2 membantu
DR YAP CHI CHIN (malu dengan dia)
Jujur dia sangat membantu..
tetapi aku yang tak banyak berjumpa dengan dia.. mungkin malu (malu tak bertempatkan)..
dia baik dan sangat banyak ilmu serta sangat tidak kedekut ilmu..


ini bahan-bahan yang digunakan untuk projek saya..
 atas bantuan pensyarah dan pelajar Master serta PHD saya banyak belajar dari mereka oleh kerana saya masih undergraduate student.. terkapai2 jugaa untuk memahami selok belok projek ini..
tapi setelah 2 semester (tahun 3)
ALHAMDULILLAH.... ( ^_^)


Alat-alat
Mesin menganalisis
Barang ni semua kongsi-kongsi je..tapi yang dapat untuk sendiri
  • lab coat
  • botol panjang, gemuk.. (macam dalam gambar)
  • dan semestinya bahan2 yang telah digunakan tu tak boleh di kitar semula..
  • penutup mulut
sebelah ini pula adalah barang2 yang digunakan bagi proses penghasilan sampel.. seperti
  • mesin ultrasonik
  • pengacau plat pemanas
  • mesin salutan berputar
  • ketuhar
  • sepuh lindap


dan bagi pencirian yang digunakan untuk menganalisis sampel yang dilakukan adalah dengan menggunakan
  • FESEM
  • XRD
  • UV-VIS
  • PHOTOLUMINESEN (PL)
ini memang kalau lambat..tak dapatlah..sebab kongsi satu Universiti, ada juga pelajar luar dari UKM tempah juga..saya tempah masa sem 1.. sem 2 baru dapat hantar sampel..




cover depan slide show untuk viva



tak payah cerita panjang sangatlah macam mana nak buat..dan apa hasilnya..sebab semua tu dah di bentangkan dalam VIVA..
orang yang banyak cakap macam saya ini..rasanya ini lah part paling best dapat markah berbanding penulisan thesis yang sangatlah saya lemah..(tapi boleh plak buat blog kannn...heee..)


rasanya tak lengkap entry ini kalau saya tak cerita tentang seseorang kakak yang saya rasa sangat2 membantu.. Allah hadirkan dia untuk memudahkan urusan saya sedang saya sibuk dengan pelbagai urusan lain seperti persatuan dan pelbagai aktiviti luar..

nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kak  Siti Azrah Binti Mohamad Samsuri atas tunjuk ajar dan kesabaran melayan karenah saya..seorang PELAJAR MASTER yang sangat rendah diri tapi result mantop boh!! =D  saya DOAKAN ALLAH MUDAHKAN URUSAN akak selepas ini (sambung PHD ye kak! (^_^)

ini tak bermakna saya lupakan kepada pelajar PHD, Lim Eng Liang dan Riski Titian Ginting.. mereka ini sangat berilmu, tanya sahaja apa2pun dalam kepala jee.. tapi sebab mereka lelaki.. tetap saya malu untuk bertanya (kelemahan) (T_T) selamat ada kak AZRAH.. (kalau dia baca ni mesti dia terharu sangat kannn...hihihi..dan kawan2 diaa mesti cemburu...) 

tak pe lah..tambahan juga pada kak atiq dan kak tiqah bah yang banyak support saya dalam 3 tahun saya berada di UKM ini kan... dan kadang2 datang ke lab kacau2 saya dan kak azrah.. dan saya juga kacau akak2 kan.. ^_^ seronok sangat dapat kenal dengan akak2 master ni.. (kak atiq dan kak tiqah kenal dari degree.. kak azrah je baru kenal time dia master...huhhu)

tidak dilupakan! kawan se'lab',  se'eksperimen', se'penyelia', cuma tajuk je lain, dan cara buat nya berbeza sedikit... SITI SARAH MOHD TAUHED.. (siti jee lahhh Dr Yap dapat..hihihi).. THANKS awak! banyak bantu.. banyak support! SEMOGA KITA SAMA2 BERJAYA DALAM BIDANG KITA SEKARANG kan.. ( >_<)


special gambar ini...bersama kak Azrah dan sampel yang dah siap!
(maaf sarah tak ada gambar bersama T_T  ( >_<)


dan di akhir entry ini...
ucapan jutaan terima kasih kepada mak dan pak yang melahirkan saya dari kain yang putih..
dan mencorak saya sehingga kini...
tanpa sokongan dan dokongan mereka..
tidak tercapai dek akal ku untuk mencapai ke tahap ini..
SYUKUR PADA MU ALLAH
memberi aku ruang dan peluang untuk menghasilkan projek ini..
dan ku kira ini adalah dakwah untuk ku sebagai seorang ISLAM yang mengambil bidang 
SAINS FIZIK...



Comments