KEKUATAN ITU...



masa itu berlalu..
aku kehadapan untuk perbetulkan waktu..
bukan mudah untuk mengawal nafsu..
kerana aku juga manusia seperti kamu..

ramai melihat aku semakin berubah..
kerana aku cuba menjadi tabah..
cukuplah tangisan itu buat aku lemah..
kerana aku tidak mahu lagi rebah..

Terima Kasih Allah..
kerana beri aku ruang untuk berubah..
menjadi muslimah yang tabah..
menangkis segala masalah..
melahirkan jiwa yang tidak mudah lelah..

Sedang hati menatap kesedihan yang panjang...
taklifan Allah banyak pula bertandang..
Kesibukan itu hadir tanpa di undang..
dan aku cuba menjadi lebih matang..
kerana aku yakin Allah ada tidak pernah hilang..

Aku bersyukur pada ilahi..
memberi aku segala tanggungjawab ini..
buat aku belajar untuk lebih berdikari..
mengurangkan rasa rendah diri yang tidak terperi..
memberi ruang untuk aku mengenal dunia realiti...

luka hati mungkin sukar diubati..
istigharah itu buat aku bermuhasabah sendiri..
meletakkan Allah di tempat tertinggi..
itulah Jalan yang Allah Redhai..

buat kamu yang pernah mengusik hati ini..
terima kasih atas keputusan sebegini..
aku redha andai itu takdir ilahi..
kerana Allah lebih tahu setiap isi hati..
Semoga Allah beri yang TERBAIK buat diri mu dan diri ku nanti...





Comments