Semoga ALLAH REDHA langkah ku ini...





aku tersungkur menerima keputusan darinya..
bukan salah dia kerana aku yang menimbulkan tanda tanya..
sungguh aku lemah jatuh tiada daya...
dengan siapa aku mampu mengadu selain ALLAH yang esa..

Aku juga manusia...
Aku lemah bukan kerana DIa,,
Aku jatuh kerana ALLAH hadirkan dia yang ku gelar manusia..
ALLAh izinkan aku menitis air mata tanpa aku sedar untuk apa..
hampir seminggu kehidupan ku tidak tentu hala..



Dia melamarku sedang aku masih merangkak mengenal dunia..
lamarnya dia melalui saudara terdekatnya 
menghadirkan orang ke 3 sangat sempurna ku kira..
istigharah ku pasakkan dengan harapan jawapan ALLAH tersedia ada...

sebulan aku diberi ruang mencari jawapan bagi lamarannya
dan aku menolak diakhir tempoh yang diberinya..
aku disedarkan kembali agar aku terus beristigharah untuknya..
dan aku teruskan dengan harapan allah temukan sesuatu dalam kehidupan ku dan dirinya..

hampir beberapa hari aku bersendiri..
mengambil masa untuk pulang ke rumah mencari ketenangan diri..
ibuku tempat ku meluahkan isi hati..
'green light' ibu ku, ku kira jawapan istigharah yang selama ini ku cari...
Subhanallah ketika itu aku TERIMA nya dengan penuh tawakal di hati...

ketika itu ku sedar bahawa aku telah bertunang secara syari'e..
dia, ku anggap beragama dan berilmu tinggi..
segala perkara dilakukannya sendiri..
sungguh beruntung keluarganya mendapat anak yang sangat berdikari..
menjadi anak yang tidak pernah putus mencari rezeki..
buat keluarganya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH beri..

aku ditarbiyah dengan kehidupannya yang bersederhana 
didikan agama yang ku kira sungguh sempurna..
dan aku yang punya masa silam yang tidak bermakna..
merangkak terkapai-kapai mencari erti kehidupan Islam yang sebenarnya..

hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan..
kita berhubung hanya di 'messanger'..
sungguh ku cuba menjaga..
suara mu tidak sekali pernah kelihatan ditelinga..
berhubung ku dengan mu hanya ku kire sekadar perkenalan yang biasa-biasa saja..

ilmu ku gapai dari waktu ke waktu..
semakin aku mencari,semakin aku merasakan diri ku kaku..
hati ku mula terasa malu..
kerana melihat segala perkara aku tidak tahu..
sungguh aku tidak putus asa untuk berusaha selagi mampu..
kerana Ilmu itu luas dan tidak dihanyut oleh waktu...

ketenangan ku terganggu..
melihat kepada matlamat hidup ku yang beku...
pelbagai persoalan bermain difikiran ku..
sungguh! aku malu dengan keadaan itu...

silap ku melepaskan segala permasalahan ku kepada mu..
dengan harapan ada solusi yang baik untuk hubungan itu...
sungguh aku takut menjadi "Jarum Syaitan" kepada kehidupan mu..
kerana aku melihat kehidupan mu yang sungguh cerah dihadapan tanpa kehadiran ku..

ku mengharapkan menjadi halal buat mu..
andai keluarga mengizinkan untuk aku bersama mu..
aku yang masih muda dalam usia menjangkau waktu..
ibu dan bapaku masih memerlukan ku di saat itu..
sedang diri mu masih mencari rezeki dan menjadi harapan kepada kedua orang tua mu..
dan siapa aku untuk mengganggu kehidupan dan perjuangan mu...

timbul persoalan dalam hati ku..
layakkah aku menjadi pendampingmu,
membawa matlamat hidupmu,
melahirkan pejuang2 agama seperti mu..
memberi didikan agama kepada anak2mu..
meletakkan ALLAH dalam setiap kehidupan ku dengan mu..
dan menjadikan ISLAM asas pegangan baitul muslim ku dengan mu..
meletakkan KECINTAAN ALLAH dan RASUL melebihi CINTA ku kepada mu kelak..

ku kira keputusan ku ini yang terbaik..
membawa diri dan terus mencari cinta ilahi..
sementara ku harap andai dirimu bersedia nanti..
hadirkan dirimu di hadapan waliku sendiri..
biarlah hubungan ini terhenti di sini..
kerana ku takut ALLAh tidak redha hubungan kita sebelum ini..
ku HARAP ALLAH pelihara hati2 kita ini..
dan terus mengejar CINTA ILAHI..
SEBELUM DIA BERI KITA PENEMAN DI HATI
untuk membawa HUBUNGAN ITU KE SYURGA NANTI..



APABILA TANGGUNGJAWAB, KEWAJIPAN, KEHENDAK, PERJUANGAN BERTAMBAH,
Allah akan hadirkan kita peneman untuk melaksanakan TAKLIFAN itu...
REZEKI atau JODOH ALLAH beri selaras dengan TANGGUNGJAWAB yang akan kita laksanakan nanti..



maaf andai ada yang membaca bukan tuan punya diri..
entry ini di tujukan untuk diri sendiri..
kerana hanya luahan isi hati..
bagi diri yang menjadikan blog sebagai peneman apabila bersendiri..
maaf jika ada yang tak senang hati..
mohon maaf dan jemput membaca entry yang rasa berkenan di hati..
SEKIAN..




Comments