Kenangan UKM (Part 8) : Konsert Amal Tangisan Gaza

Allahaukhabar! 
Syukur Ya ALLAH kau letakkan aku dalam Proses Tarbiyah yang sungguh memberi aku ruang untuk mengenal erti TARBIYAH MELALUI KEHIDUPAN ..
mencari HIKMAH dalam setiap RUANG KEHIDUPAN,
  satu NIKMAT yang sangat tidak terbalas oleh ku hambamu yang kerdil
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Suatu petang...seorang sahabat
"nadia baca msg ni.."
"Sukarelawan diperlukan bagi program KONSERT AMAL TANGISAN GAZA........9.00mlm ini..."

"Aku nak join!! JOM..." 

dengan penuh teruja aku bersiap lebih awal...

selepas solat isyak berjemaah di surau berdekatan rumah..kami terus ke UPTOWN REKO SENTRAL KAJANG..

"YA ALLAH..niat ku untuk mu..niat ku untuk ISLAM..Semoga ALLAH REDHA.." Luahan hati..dengan sentiasa perbaharui niat apabila melihat pelbagai ragam manusia di sana..




TARBIYAH PERTAMA
sesampai kami di sana..kami di beri flyers dan perlu di edarkan keseluruh kawasan uptown tersebut.

jujur hati ini sungguh berat melakukan perkara tersebut..
budget nak jaga standartlah kan..
nafsu syaitan berbolak balik memikirkan
"takut orang ejek2..hmm..takut nanti orang menolak...malu nyaaa"

istighfar dan terus istighfar dengan melihat sahabat ku yang sangat sempoi bagi flyers tersebut..
aku paksakan diri untuk melakukan perkara yang sama..

Allahuakhbar..aku membayangkan keadaan mereka yg inginkan keuntungan melalui pengiklanan.. dan aku..malu untuk melakukannya sedangkan itu adalah DAKWAH aku untuk memberi kesedaran pada mereka mengenai ISU GAZA
aku biasa melakukan perkara ini di kampus..tetapi kenapa malu untuk lakukannya di luar kampus..

TERNYATA MEDAN LUAR LEBIH MENCABAR DAN MENTARBIYAHKAN..

aku meneruskan memberi flyers bersama sahabatku..dan sungguh tekaan aku benar..
ada yang menolak..ada yang tidak memandang.. malah ada yang menjeling..
melihat kami seperti dalam hati2 mereka berkata.. "apabendaaa jeee budak2 tudung labuh niii buat kat uptown ni.. bg kertas2 bagai".. ada yg bila nak bagi balik..mereka tunjuk kan flyers yg mereka dah lipat2..ronyok2 kan dah...

huh! rapuh hati..luluh jiwa...tapi relax jee.. TARBIYAH kott... sikit je tu..JANGAN PUTUS asa...

TARBIYAH KE DUA

sempatlah dengar sikit2 konsert dari HIJJAZ dan Iwan sambil2 mengajak mereka2 yang sibuk membeli belah di sana untuk bersama2 join konsert amal ni..

HIJJAZ adalah salah satu kumpulan nasyid kegemaranku..antara lagu2 yang dinyanyikan seperti Rasulullah, Hukum Tuhan..antara kata2 dari HIJJAZ



"BIARLAH KITA TAK MALU UNTUK MENGUTIP DERMA..ASAL KITA TIDAK DITANYA DI AKHIRAT KELAK APA YANG TELAH ENGKAU LAKUKAN SEDANG SAUDARA ISLAM MU DI TINDAS"

kata2 ini sangat terkesan buat diriku.. terfikir pada diri ini..
Kenapa nak malu..?? TAK SALAH PUN APA YANG KAU BUAT SEKARANG..
SUNGGUH aku menjadi lebih kuat untuk terus mengajak mereka2 untuk pergi ke konsert ini..kalau tak nak layan nasyid pun.. sekurang2nya menderma wang untuk saudara kita di sana..

TARBIYAH KE TIGA
Mereka sangat membuat saya kuat!
Kami diberi tabung dan meminta derma kepada setiap insan yang berada dihadapan,belakang, kiri dan kanan..

nafsu syaitan berbisik
"ishh malu nak minta.. nanti orang kata saya peminta sedekah..ish... tak pernah buat kerja macam ni..
ishh... malu lah.. orang kata kita apa jee"

Dengan Prinsip KEHIDUPAN ITU SATU TARBIYAH.. aku paksa diri untuk lakukannya..
sentiasa perbaharui niat..INGIN REDHA ALLAH BUKAN REDHA MANUSIA..

Ayat yang saya dan sahabat saya utarakan sejak dari pukul 10.00mlm sehingga 1.00 pagi adalah..

Minta derma pada penggerai..


"Derma Untuk Gaza.. Terima KAsih.."
"Tuan, Derma Untuk Gaza.. Terima KAsih.."
"Puan, Derma Untuk GAza.. Terima KAsih.."
"Kak, Derma Untuk Gaza.. Terima KAsih.."
"Dik, Derma Untuk Gaza.. Terima Kasih.."



ada yang menolak..ada yg menjeling.. ada yang jalan lajuuu jeee lari dari kami...

TAPI
paling membuatkan diri terasa di tarbiyah..apabila kesedaran itu hadir dalam kalangan mereka2 yang di anggap tidak mempunyai kefahaman islam yang sempurna dengan mendermakan wang yang ada ke dalam tabung GAZa ini.. melihat kepada ragam manusia yang pelbagai..

* ada yang berambut PANG..
* ada juga yang berlangging dan berpakaian sangat2 "menawan"..
* ada yang mempunyai perwatakkan songsang..

mereka juga turut menghulurkan wang dari saku dan dompet buat Tabung Gaza...
SUBHANALLAH..Semoga ALLAH beri MEREKA Taufiq & Hidayah Dalam Mengenal erti ISLAM sebenar..

"MAAFKAN KAMI SAUDARA ISLAM KU KERANA KAMI TIDAK HADIR UNTUK MENARIKMU KE ARAH KEBAIKAN...SEMOGA DOA KAMI SAMPAI BUAT KALIAN"

TARBIYAH KE EMPAT
Melihat kepada ibu ayah yang mengajar anak-anak mereka memasukkan wang derma ke dalam balang sumbangan IKHLAS untuk saudara ISLAM di GAZA.. mengajar diri ini..

Seandainya diberi ruang dan peluang memiliki anak.. SUNGGUH DIDIKLAH MEREKA UNTUK RINGANKAN TANGAN MENDERMA DEMI ISLAM...

TARBIYH KE LIMA
Sedang kami sibuk menyapa pengunjung untuk memberi sumbangan derma IKHLAS BAGI TABUNG GAZA...
Hadir seorang Pemuda tidak berkaki dan berkerusi Roda..
Dia mendermakan sejumlah wang kepada kami.. dan mengatakan..
"I'm From PALESTIN.. I donate for my country"
Allah.. Dia juga turut mendermakan wang kepada saudara senegaranya dalam keadaan dirinnya turut tidak sempurna.. dan kita..????

Dia juga turut menderma
KITA DERMA KERANA MEREKA SAUDARA SEAGAMA KITA.. BUKAN KERANA BANGSA ATAU NEGARA.. MELETAKKAN ALLAH YANG PALING TINGGI DALAM KEPIMPINAN  AKAN MELAHIRKAN SESEBUAH NEGARA YANG TERTEGAK ATAS KALIMAH LAILAHAILLAH..


TARBIYAH KE LIMA
Kumpulan HIJJAZ turut bersama
 mengutip derma untuk GAZA
Sedang kami berehat di satu perjalanan untuk mengutip derma..
hadir seorang hamba ALLAH.. melihat kepada tudung labuh salah seorang daripada sahabat kami..
Dia meluahkan keinginannya untuk menutup aurat seperti kami..

SUBHANALLAH.. Dengan Pakaian Kami BERDAKWAH..

dia ingin sekali berubah..dan menutup aurat seperti kami dan mohon memberi ruang kepada dia untuk bersama-sama dalam melakukan gerak kerja DAKWAH.. ALLAH.. Sungguh aku terasa sungguh ISTIMEWA kehadiran kami di sini...

Setelah TAMAT KONSERT, Kami sukarelawan mengiringi KUMPULAN HIJJAZ bagi mengutip seberapa banyak sumbangan derma daripada pengunjung mahupun peniaga..
Ahli Kumpulan HIJJAZ sangat ramah dan sungguh mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.. maklumlah ARTIS POPULAR..yang dah derma pun..tambah derma lagi..SYUKUR ALHAMDULILLAH.. =)




Setelah TAMAT segala urusan.. kami berjalan2 untuk membeli sedikit makanan untuk dijamah setelah penat meronda2.. kami pulang dalam pukul 1.30pagi seusai mengambil gambar bersama Kumpulan HiJJAZ...


ALHAMDULILLAH..
SYUKUR..SYUKUR..SYUKUR..
ucapan yang tidak mampu aku luahkan kerana ini adalah pengalaman sangat memberi ruang untuk aku mengenal dunia realiti yang akan aku hadapi setelah aku tidak lagi bergelar MAHASISWA..
MEDAN yang akan menTARBIYAHkan diri..
menCABAR diri..       
memberi AKU RUANG UNTUK BERBAKTI..

Comments