Maaf..Saya Jarum Syaitan Buat Awak..



> Awak..tengah buat apa tu..??
> Awak Sihat..??
> Awak ni baik lah..saya tak pernah jumpa kawan yang baik macam awak..
> Terima kasih kerana awak faham saya..
> Awak.. hari ni saya Down sangat.. Saya nak nasihat..
> awak saya nak exam ni.. harap awak doakan saya yee..
> Ukhwah fillah awak.. 

Perbualan atau dialog biasa bagi mereka yang biasa berhubung antara berlainan gender 
(lelaki dan perempuan)

Panggilan Pelbagai..
Mungkin
  • Awak,saya.. boleh jadi
  • I , You.. Atau lebih manja
  • Baby , sayang.. cantik lagi..
  • Mama, Papa... Lebih sayang jika
  • Ana.. Nta.. Nti.. Lebih malu
  • Ustaz.. Ustazah..

Seronok... Memang Seronok.. 
Dapat Berborak..Bermesej-mesej..Chating2..
sebab
Ada orang caring..
Ada orang Ambil tahu..
Ada yang Sentiasa menasihati..
Ada juga yang sentiasa beri semangat..
tak lupa juga yang tolong kejutkan Qiamulail..
yang ingatkan Solat jangan tinggal..
SoOo Sweet.....!!



Perasaan ini pasti sering kali dirasai setiap dari kita,kan...Bohong kalian tidak pernah terdetik perasaan ini.. 
Ye! Saya Mengaku.. Saya Pernah Berada dalam keadaan ini.. Sangat Malu untuk menaip dan berkongsi.. telah lama memendam untuk menyuarakan pandangan soal ini melihat diri yang masih belajar untuk mengenal erti tarbiyah kehidupan, ku simpan kan hasrat itu..dan kini, Dengan Izin Allah..Semoga Allah Redha Pengisian ku kali ini...

Allah beri akan ku satu tarbiyah kehidupan apabila melihat ramai sahabat2 hadir menceritakan masalah hati mereka yang melibatkan pasangan berlainan gender.. Jujur sekali..ingin aku mengucapkan terima kasih kepada kalian kerana dengan tarbiyah kehidupan kalian membuatkan aku ditarbiyahkan..

Pelbagai persepsi yang diberikan oleh setiap dari kita mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan..dengan mengharapkan "NIAT MENGHALALKAN CARA" seperti

ada yang menganggap
  • sekadar kawan biasa..untuk isi masa lapang..
Tidak lupa juga 
  • menganggap berlainan gender itu sebagai adik beradik angkat (kononnya)
lebih shok lagi
  • bagi mereka yang ingin melakukan perubahan, dengan harapan pasangannya turut akan membawanya ke arah kebaikan

Dalam konteks diri yang dalam proses inginkan perubahan.. dari keadaan yang dahulunya jahil dengan ilmu agama dan kini masih mencari ruang untuk menuntut ilmu.. keadaan ini di lihat seperti keadaan biasa.. kerana fitrah manusia yang inginkan perhatian..



 “Sesungguhnya Islam itu pada mulanya datang dengan asing (tidak umum), dan akan kembali dengan asing lagi seperti pada mulanya datang. Maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing“. Beliau ditanya, "Ya Rasulullah, siapakah orang-orang yang asing? " Beliau bersabda, @mereka yang memperbaiki dikala rosaknya manusia." dan di lain riwayat beliau ditanya (tentang orang-orang yang asing), belia menjawab, "Yaitu orang-orang yang menghidup-hidupkan apa-apa yang telah dimatikan manusia daripada Sunnahku". [HR. Muslim, Ibnu Majah, dan Thabrani]

Ye! kita terlalu leka dengan dunia..sehingga melihat segala perkara yang kita lakukan itu segalanya biasa.. kerana sekeliling kita juga melakukannya.. Kita melihat perkara biasa itu tanpa rasa malu dihadapan Allah.. Kita terus melakukan khilaf dengan harapan Allah Beri hidayah..tetapi tanpa sedar, kita kurang berusaha ke arah itu..

Maaf Saya Jarum Syaitan Buat Awak..

Ye! Syaitan Jadikan Kami Kaum Hawa sebagai JARUM buat Kalian Kaum Adam..
" kenapa nak salahkan perempuan pulak??"
Kerana tanpa sedar atau leka kita adalah fitnah..Perempuan itu adalah fitnah..

Sekuat2 iman seorang lelaki....Alim mana pun mereka.. kuat macammana pun pegangan mereka.. Hadir nya kita kaum Hawa.. Sungguh Melemahkan mereka...

Yang Perempuan mungkin akan berkata
  • Lelaki tu baik.. insyallah dia mampu bimbing saya..saya yakin dia tu pandai jaga ikhtilat..
  • Lelaki tu perlukan bimbingan..tak pe saya kuat,. insyallah saya akan buat lelaki tu sedar..
Pihak lelaki pula
  • Saya yakin saya mampu bimbing dia.. saya takkan jatuh dengan perempuan..
  • Saya tak baik..saya nak berubah.. dia banyak buat saya berubah ke arah kebaikan..

Syaitan tidak lagi menganggu kita dalam keadaan sedar seperti bercouple secara terang-terangan, berpegangan tangan, berdua2an.. kerana dia tahu kita terlalu mengenal islam(kononnya).

Syaitan masuk dalam keadaan tanpa sedar.. malalui nafsu kita.. dan 
lebih menyakitkan.. apabila syaitan masuk dalam keadaan KITA MELIHAT YANG HARAM ITU HALAL...

Ada yang memberi alasan pertunangan adalah ikatan dimana tiada lagi ruang keterbatasan untuk mereka.. ingin saya katakan..
Petunangan bukanlah tiket untuk kalian bermesra tetapi tiket untuk kalian kenal yang mana kaca atau permata..



Wanita Allah ciptakan sungguh Istimewa..
Dalam keadaan peribadi terjaga..
maruah terpelihara..
cantik yang tersedia ada..
kelembutan yang tiada bandingnya..
manja yang tidak di undang kehadirannya..

bagaimana dalam keadaan ini lelaki masih mampu bertahan..??
bagaimana syaitan tidak gunakan peluang yang ada untuk menjadikan wanita sebagai jarum bagi kaum adam..??

ibarat jarum.. kecil tetapi membawa kesan yang sangat besar..

  • dia banyak bimbing saya..ajar saya.. tanpa dia saya x kuat...
Kuatnya kita berpegang kepada syariat Allah dengan Hadirnya kita dalam memahami Islam tanpa meletakkan perantaraan antara kita dengan Allah.. Kebergantungan pada Allah itu memberi ruang kepada kita untuk mengenal islam.. Mungkin dia di lihat tinggi ilmu agamanya.. mungkin kita juga melihat dia mampu membimbing kita.. tetapi sejauhmana dengan kehadiaran kita membantu dia untuk terus menegakkan Kebenaran? menjauhi kebatilan .. serta sekuat mana dengan kehadiran kita dapat memberi ruang pada dia untuk terus mengejar ilmu Allah..?? 

Kembali kepada fikrah islam.. Jangan jadikan dia sebagai perantara untuk kita mengenal Allah. Allah beri kita akal dan Allah tidak pernah putuskan rezeki untuk kita terus berdoa kepadanya.. Ilmu itu harus di cari.. bukan di tadah.. Fitrah untuk mencintai dan dicintai.. tetapi soal kefahaman agama.. tetap berbalik pada maha pencipta.. Pelajari ilmu dengan mereka yang Hak..





  • Insyallah saya kuat.. niat saya baik..saya nak bimbing dia..
Bimbing kaum adam..? Saya Berani kata.. Mungkin Ye kamu mampu.. tetapi beri sahaja dalam sebulan.. Kamu dan dia pasti tanpa sedar.. akan berlaku Sebaliknya.. ye! memang mengajak kepada kebaikan menjauhi kepada kemungkaran.. tetapi pada konteks ini, saya berpandangan lebih ramai yang mampu lakukan ini maksud saya membimbing gendernya sendiri..dan lebih banyak lagi dakwah yang mampu kita lakukan selain mengambil risiko yang lebih besar dengan berkeinginan untuk membimbing sahabat yang berlainan gender.. pernah dilihat sahabat2 sekeliling kita..? berapa ramai yang kita bantu mereka untuk berubah kepada kebaikan..?? jadi itu buat kalian kata kalian kuat untuk hadapi pasangan Berlainan Gender..?? Fikir2kan...


Allah jadikan kita wanita yang sempurna..
Jangan kotorinya dengan ragam yang tak membina..
kita ingin kenali dunia..
jangan beri ruang pada mereka menganggu kita..
kita bukan ada apa2..
untuk beri pada si dia..
Hanya ruang yang ada..
gunakanlah sebaik2nya..
pelihara diri dan cukup lah berfoya-foya..
Allah ada kenapa nak harap pada si dia..
Sayang lah pada diri kalian yang baru mengenal dunia..
Allah Ada kenapa nak takut dan tak percaya..

Jadikan diri sebagai duri membenteng diri..
bukan jarum yang tajam tak terperi..
menghanyutkan kaum adam tanpa disedari..
cukuplah kalian membawa diri mendekati ilahi..
pelihara diri hiasi peribadi..
dengan mendekatkan hati pada sang pemilik Cinta yang abadi..

Maaf jika ada yang terasa hati dan terkena pada diri..
sama2 muhasabah kembali..
saya juga turut terpukul dengan bahasa sendiri..
semoga ini adalah peringatan untuk kita yang masih tak mampu berdiri atas kaki sendiri..
membina sahsiah diri yang masih tak cukup lagi..
Maafkan saya atas kata2 yang ibarat tepelanting pada diri saya sendiri..
¬ Sekian¬






Comments

Unknown said…
Terkenang zaman silam diri baca entri ni..terima kasih Nadia^^
Unknown said…
salam..maaf sahabat baru buka entri ni..sungguh bermanfaat..walaupun sy blum prnah bercouple namun kadang-kadang bibit ke arah itu ada..semoga Allah terus melindungi..benar jodoh itu perlu dicari, kata orang dia takkan datang melayang. Saya pasti jodoh sy telah ditetapkan oleh Yang Maha Melihat..
Teruskan berkarya..terima kasih
Anonymous said…
salam ukhuwah ^^

syaitan punya banyak cara dan lebih kreatif untuk menarik manusia bersamanya. dalam erti kata melanggar perintah Allah.

yang halal itu jelas
yang haram juga jelas .

antara hubungan lelaki dengan perempuan , zina hati pasti terjadi . =_=.
tq untuk entry ni ^^
yusEpi said…
Kata di atas cukup memberi 1001 pengajaran..thanks