Perubahan Itu


Entry ku Kali ini lebih melihat dari sudut pandang seorang yang masih mencari redha ALLAH dan belajar untuk menjadi lebih baik...

Kini Hampir berakhir Sem 5 dan akan hadir sem terakhir ku dalam jurusan IJAZAH SARJANAMUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN (FIZIK)

dalam mengecapi segulung ijazah fardhu kifayah ini.. aku terus mengejar ijazah fardhu ain yang aku kira hanya insan yang sedar akan  kepentingan ILMU Akhirat ini sahaja yang mampu mengejar ijazah ini..



pelbagai liku-liku dan mehnah untuk mengecapi CINTA ALLAH ini.. Dalam Keadaan diri yang masih terlalu banyak kekurangan.. syukur aku di tempatkan dalam kalangan dan persekitaran yang mengajar aku erti TarBiyah..Aku di ajar dan di tegur serta di bimbing oleh sahabat2..
sikap ku yang tidak henti-henti bertanya..dan suka mendengar peringatan-peringatan dari sahabat, membuatkan diri terasa kehidupan itu satu tarbiyah..

aku pernah merasai suasana usrah semasa aku di matrikulasi.. usrah ku bersama abang sedaraku dengan  menggariskan isi kandungan Al-Quran sebagai panduan dan kaitannya dalam kehidupan..ternyata usrah itu terhenti apabila aku berada di universiti.. aku tidak pernah menyalahkan sesiapa..kerana aku percaya.. Allah Lakukan sesuatu pasti ada Hikmahnya..

Aku seorang yang tidak suka di ikat erti kata sentiasa di kongkong atau bergantung kepada seseorang.. dan Allah beri peluang untuk aku mengenal kehidupan dengan sendiri..dan mencari hikmah di sebalik kehidupan ini.. aku bersyukur kerana Allah memberi aku ujian yang pelbagai..sehingga kebergantungan aku tidak lagi kepada manusia..tetapi sepenuhnya kepada Allah..

Aku sedih dan kecewa seandainya Allah Beri aku Ruang LApang..ruang selesa.. kerana aku mudah Alpa dengan Dunia.. hati ku sering berkata "Allah tidak beri aku ujian..pasti ada dosa ku kepadanya buat dia biarkan aku leka tanpa perhatiannya"

setelah aku menilai diri ku.. hampir 3tahun penghijrahan ku dalam mengenal erti Islam Sebenar..
aku ingin istighamah dan terus istighamah dalam penghijrahan ini..
selama 3 tahun ini.. aku diberi ruang oleh Allah untuk terus mengisi dan menyucikan hati yang gelap dulunya..
syukur aku, Allah hantarkan sahabat2 yang memberi ruang dan peluang untuk aku terus mencari CINTA ALLAH ini..


jiwa remaja yang sering kali memberontak..
jiwa remaja yang ingin kan kebebasan..
jiwa remaja yang ingin kan keseronokan..
jiwa remaja yang ingin kan hiburan yang melalaikan
di tolak..
dan di hiasi ruang2 dan hari2 ku dengan
jiwa remaja yang inginkan taman2 syurga..
jiwa remaja yang inginkan program2 dakwah..
jiwa remaja yang ingin menyucikan hati dengan zikrullah..
jiwa remaja yang terisi dengan tarbiyah kehidupan..

aku menginginkan diri ku istighamah dalam bertudung labuh..
aku menginginkan diri ini berhijrah untuk lebih baik..
keinginan ku tidak akan tercapai tanpa usaha..


hati ku mungkin pernah tersinggung apabila ada yang mempertikaikan perubahan ku..
hati ku mungkin pernah terasa apabila ada yang memberi respon negatif terhadap penghijrahan ku..
hati ku mungkin pernah kecewa apabila ada yang menghukum atas kesilapan laluku..
hati ku mungkin pernah menangis apabila ada yang menghina ku atas kekhilafan ku..

kebergantungan aku terhadap ALLAH membuatkan aku ketepikan segala kata2 itu kerana aku melihat segala yang berlaku itu datangnya dari Allah..Allah Mengahantarkan segalanya itu kerana Allah ingin melihat dan menguji Hati ku..dan Sakit itu Hanya Sementara Kerana Apa Yang Aku Inginkan Adalah SYURGA ALLAH yang KEKAL.


pernah terdetik dalam hatiku.. "sampai bila kamu mampu jadi begini..??"
Allahuakhabar!! Allah Maha Besar..
teringat kata2 dari kakak naqibah ku dari Mesir apabila saya mengatakan..
"Saya perlukan orang untuk bimbing saya..kalau tidak ada sesiapa kat kiri kanan saya..saya akan hanyut.."
dan kakak itu menjawab..
"Akak bukan orang yang pegang hati awak.. dan ______ bukanlah yang memiliki hati awak..
Tapi ALLAH PEMILIK AGUNG YANG GENGGAM HATI AWAK..
Allah Bolak Balikkan Hati Manusia sebab Allah nak kita cari keyakinan seseorang hamba kepada penciptanya.."
ternyata kata2 kakak itu membuatkan hati saya sebak..lalu mengalirkan air mata tanpa henti..

Indah bila kita mula mengenal Islam..
Indah bila kita mula mencari Allah..
Indah bila kita mula kenal erti Dakwah..
indah saat kita Meletakkan Allah Yang Paling Atas Dalam Kehidupan Seharian..

ingin sekali aku menutupi wajah ini dengan niqab..
ku melihat sahabat2 sekeliling ku yang berniqab..
subhanallah indah..cantik..
Ku tahu bukan itu tujuan nya..

jujur..pernah sekali aku mencuba memakainya di tempat tiada siapa yang mengenal ku..
Sukar untuk aku gambarkan betapa terpeliharanya diri ku ketika memakai niqab itu..
bicara ku terhenti..
pandangan ku tertunduk rapi..
kata2 ku tersusun dan tidak keterlaluan lagi..
tetapi ianya cuma seketika kerana aku melihat keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk terus sebegini..
mungkin ianya satu alasan..tetapi percayalah..
sungguh aku ingin sekali berniqab lagi..
kerana pertama kali itu membuatkan aku sedar..
aku adalah WANITA YANG ALLAH CIPTAKAN SUNGGUH ISTIMEWA..

AKU HARAP SUATU HARI AKU MAMPU BERNIQAB DAN IANYA TIDAK AKAN MENJADI FITNAH BUATKU DAN KELUARGAKU..




Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum...

Ya ukhti...sedihnya hati membaca entri ukhti...tudung labuh sudah tergantung dibilik..namun saya sungguh tidak mempunyai kekuatan untuk menyarungnya...doakan saya moga Allah beri saya kekuatan.. =(
waalaikumusalam..semoga kita sama2 istiqamah dalam jalan ini.. :')