SEMINAR MUSLIMAH KONTEMPORARI

Allahuakhbar.. Allahuakhabar.. Allahuakhbar..
Setelah lama menyepi.. saya hadir dengan tajuk...
Wow!! RUMAH KU SYURGA KU..
OPS!!SABAR.. SAYA MASIH SINGLE...^_^

Hadir sekadar ingin Berkongsi.. Kita Hanya Merancang Dan Allah Juga Turut Merancang,.
Dan SESUNGGUHNYA..PERANCANGAN ALLAH ITU ADALAH YANG TERBAIK...

ku buka perkongsian ku kali ini dengan lafas
Petang itu aku mendapat mesej JEMPUTAN KHAS daripada kakak Syida merangkap Naqibah saya dan Batch saya...kalau dah jemputan khas kire free lah kan..^_^

nak dijadikan cerita.. tak ada seorang pun yang ingin pergi walaupun percuma.. hurmm..bila dah di jemput..dan niat hati pun dah pergi.. duduk dalam bilik pun buat tak sedap hati...
aku melangkah kaki pergi ke sanaa....

dengan niat..PASTI AKU AKAN DAPAT SESUATU YANG ORANG LAIN TAK DAPAT DAN AKU TERPILIH DIKALANGAN YANG ADA UNTUK HADIR KE TAMAN-TAMAN SYURGA ini.. ALHAMDULILLAH..


dalam keadaan..aku tidak mengetahui apa pengisian nya.. tentatifnya.. aku masuk tanpa kata.. kerusi penuh dan yang tinggal hanya di hadapan sekali..Allahuakhabar..apabila aku melihat kiri dan kanan..
"Allahuakhabar! mereka semua mak2 aku..nenek2 aku.." plj IPT hanya dalam 5orang..
bermulalah PENGISIANNYAAA...

MARI SAYA BERKONGSI BERSAMA KALIAN.. ^_^



maaf bagi Slot Pertama saya tidak hadir akibat kelewatan..
"Wanita@ Muslimah SeINDAH NamaMU"
hanya perkongsiaan sedikit didalam handout yang diberi


PENGHORMATAN ALLAH KEPADA MUSLIMAH
* Surah Al-Nisa - Ayat 176
* Surah Al- Mujadilah - Ayat 22
* Surah Al - Nur - Ayat 64
* Surah Al - Mumtahanah - Ayat 13
* Surah Maryam - Ayat 98

W - wajah + wibawa
A - Anggun + Aqidah
N - Naluri + Nilai
I - Impian + Iman
T - Tabah + Taqwa
A - Amanah


SLOT KE 2
"KUNCI KEKUATAN HATI"
DR. CHE NORAINI HASHIM

Saya hanya masuk pada sesi
Faktor KEKUATAN HATI
* UNDERSTAND (kefahaman)
* CONFIDENT (keyakinan)
* SKILL (kemahiran)
* PLANNING (perancangan)
* HONEST (kejujuran)
* MOTIVATION (dorongan)
* APPRECIATION (penghargaan)
* P-I-E-S (Kemantapan mental, fizikal, spiritual)
PRAY (doa)

I - INSAF KEPENTINGAN ILMU
S - SANGGUP BERKORBAN MASA,TENAGA DAN HARTA
L - LAKSANAKAN TANGUNGJAWAB DENGAN CEKAP
A- AKHIRAT DAN DUNIA SEIMBANG
M - MEMIMPIN DIRI DAN ORANG LAIN DENGAN ILMU

SLOT KE 3
"MEMBINA RUMAH TANGGA"

dalam mendidik anak dan membina sebuah keluarga dan rumah tangga..
perkara2 ini adalah keperluan dalam membina sebuah rumah tangga yang baik iaitu baiti jannati
* Kesabaran
* Kesungguhan
* Kewangan
* *ketekunan
* Keikhlasan
dan yang paling utama adalah KASIH SAYANG


mendidik anak2
* dakwah rasulullah adalah menasihati seseorang berulang kali..
teruslah menasihati mereka tanpa jemu sehingga berkali-kali..
* jangan benci anak..tetapi cukup sekadar benci perangainya..letakkan kasih sayang dalam setiap kata2 kepada anak2..


dalam Kesediaan Menjadi seorang isteri kepada suami.. dan ibu kepada anak2..
ILMU itu harus di titik beratkan..
Keberkatan ILMU itu hadir apabila kita menghadiri majlis2 ilmu iaitu TAMAN2 SYURGA

sebagai ibu bapa kita di beri taklifan sebagai..
* Mualim
* Murabbi
* Murshid
* Muaddib
* Muddaris

dan bagaimana kita melaksanakan taklifan itu tanpa ILMU..
semua berbalik pada diri..sejauh mana kita berusaha mencari ILMU itu..selagi mampu..
menyebarkan nya dan bersedia untuk mencurahkannya kepada anak2..

JADIKAN RUMAH SEBAGAI PUSAT TARBIYAH BUAT ANAK-ANAK..

Usaha Untuk penuhi Syarat2 berikut dalam membina Rumah Tangga

* PASTIKAN SETIAP ISI RUMAH MENJAGA SOLAT FARDHU..

- sebaiknya berjemaah di masjid..

- baik untuk mengajar anak2 pergi ke masjid sebelum baligh kerana biasakan mereka dengan tempat2 yang baik.. permasalahan yang berlaku apabila ada masjid yang tidak membenarkan anak2 kecil berada di dalam masjid..persepsi itu salah..dan bagi kita yang memahami..menegur..seandainya tiada kekuatan..usaha untuk pergi ke masjid yang tidak mempunyai syarat2 yang pelik macam tu..

- ajar mereka berjemaah di rumah seandainya tidak ke masjid..

- isteri tidak seharusnya berkata "abang... asyik pergi solat di masjid jee.. bila nak berjemaah di rumah" sebaliknya isteri perlu berkata "abang kenapa asyik jemaah di rumah..pergi lah ke masjis"
"ketahuilah bahawa isiteri juga akan mendapat pahala yang sama seperti suami yang meninggalkannya untuk berjemaah di masjid, selagi dia tidak ikut serta kerana menjaga rumah tangga suaminya"



* JAGAI SUNNAH RASULULLAH

- jadikan ISLAM IS THE WAY OF LIFE..
- ajak anak2 untuk makan berjemaah bersama.. mencari ruang untuk berdiskusi bersama semasa makan berjemaah
- ajar anak-anak adab makan yang betul mengikut sunnah rasulullah
- ajar anak2 tidak tidur selepas subuh dan selepas asar, ajarkan mereka membaca Al-Mathurat sebagai pendiding jiwa dan hati, paksa diri dan keluarga untuk mengisi kekosongan waktu selepas subuh. ajarkan anak2 tentang tujuan sebenar tidak di benarkan tidur selepas subuh..
-ajarkan mereka solat dhuha, membuka pintu rezeki selepas solat subuh.



* BERIKAN KEFAHAMAN KEPADA ANAK2 TENTANG DOSA DAN PAHALA, SYURGA DAN NERAKA



- Terangkan kepada anak2 apa itu dosa dan apa itu pahala dan ganjaran mereka yang berbuat pahala dan sebaliknya seksaan mereka yang berbuat dosa..

selitkan sirah dan kisah2 sahabat2 rasulullah atau kisah2 peringatan agar anak2 tidak bosan dan leka.

Ustazah menceritakan perihal Kesah Abu Nawas Yang menjawab persoalan anak muridnya berkenaan soalan
"Antara dosa besar dan dosa kecil, yang mana lebih utama?"

Pada suatu hari, tiga orang datang bertamu ke rumah Abu Nawas untuk mencari jawapan atas suatu persoalan yang singgah di fikiran mereka. Ditemani seorang muridnya, Abu Nawas menyambut mereka dan mempersilakan mereka menyampaikan pertanyaan. 

Orang pertama berujar, “Wahai Abu Nawas, manakah yang lebih utama, orang yang melakukan dosa-dosa besar atau orang yang melakukan dosa-dosa kecil?” Jawab Abu Nawas, “Orang yang melakukan dosa-dosa kecil, sebab lebih mudah diampuni oleh Allah SWT.” Orang pertama puas mendengar jawapan Abu Nawas sebab ia memang yakin seperti itu.

 Kemudian orang kedua bertanya, “Wahai Abu Nawas, manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil?”Jawab Abu Nawas, “Orang yang tidak mengerjakan keduanya, sebab dengan demikian ia tentu tidak memerlukan pengampunan dari Allah SWT.”Orang kedua pun puas mendengar penjelasan Abu Nawas.

 Giliran orang ketiga bertanya, “Wahai Abu Nawas, manakah yang lebih utama, orang yang melakukan dosa-dosa besar atau orang yang melakukan dosa-dosa kecil?”Jawab Abu Nawas, “Orang yang melakukan dosa-dosa besar, sebab pengampunan Allah SWT yang diterimanya juga akan besar. Ia sangat beruntung memperoleh rahmat yang demikian.”Orang ketiga pun puas mendengar penuturan Abu Nawas. Kemudian ia dan dua temannya segera pulang. 

Setelah ketiga orang itu pergi, murid Abu Nawas bertanya, “Mengapa pertanyaan yang sama bisa menghasilkan jawapan yang berbeza-beza?” Dengan sabar Abu Nawas menjelaskan, “Aku menjawab berdasarkan tingkat pemahaman ketiga orang itu, yang aku tahu berbeza satu dengan lainnya. Tingkat pemahaman manusia dibagi menjadi tiga, yakni tingkatan mata, tingkatan otak dan tingkatan hati.”

 “Apa itu tingkatan mata?” murid itu makin penasaran. “Orang yang memahami hanya berdasarkan apa yang terlihat. Ibarat anak kecil yang melihat bintang di langit, ia akan mengatakan bintang itu kecil sebab begitulah yang terlihat oleh matanya.” 

“Kalau begitu, apa itu tingkatan otak?” “Orang yang memahami karena kepandaiannya. Ia akan mengatakan bintang itu besar karena ia memang mengetahuinya.” 

“Lalu, apakah tingkatan hati itu?” “Orang pandai yang tidak hanya menggunakan otak, tetapi juga hati untuk memahami segala sesuatu. Ia akan mengatakan bintang itu kecil walaupun ia tahu bintang berukuran besar, karena hatinya yakin bahwa tidak ada yang sanggup menandingi kemahabesaran Allah SWT.”

 Demikianlah kisah Abu Nawas Orang yang berada pada tingkatan hati bukanlah mereka yang menganggap agama sekadar visualisasi dari tradisi nenek-moyang. Mereka juga bukan orang-orang yang ber-Islam karena ketundukannya pada orangtua, guru, atau tetangga yang kebetulan Muslim. Mereka adalah orang yang beriman karena ilmu dan kepandaiannya. 

Orang-orang yang berada pada tingkatan hati pun bukan mereka yang gemar duduk seharian di laman surau yang teduh, melainkan mereka yang berani turun ke kampung dan mengamati gejala-gejala sosial, mencari hikmah dari alam semesta, mempelajari teknologi, lalu dari situ mereka memperoleh keyakinan akan kewujudan Allah SWT. 

Saya percaya, tingkatan hati hanya dapat dicapai apabila kita mempelajari ilmu setinggi mungkin dengan tetap menundukkan hati serendah mungkin. Semakin kita belajar, semakin kita sadar bahwa banyak yang belum kita tahu, dan semakin yakin kita akan kebesaran Allah SWT yang maha luas ilmu-Nya.




Ustazah juga menceritakan perihal kesah seorang ahli syurga yang terakhir dalam kalangan ahli neraka yang menduduki syurga yang paling bawah.

- Kisah ini sebenarnya adalah dari sebuah hadith Rasulullah s.a.w dan diceritakan di dalam bentuk dialog diantara Nabi Musa a.s dan Allah s.w.t.

Nabi Musa a.s adalah diantara para nabi yang sangat sedikit bilangannya yang boleh berdialog dengan Allah s.w.t secara terus. Baik, Allah menceritakan kepada Nabi Musa a.s apakah nikmat syurga yang akan diperoleh oleh orang terakhir yang keluar dari neraka. Allah memerintahkan malaikat untuk mencari sesiapa lagi di neraka yang masih ada Tauhid di dalam hatinya meskipun sekecil zarah.

Maka selepas dicari-cari, jumpalah seorang lagi hamba Allah lalu dikeluarkan dia dari neraka. Tubuhnya hitam mati. Maka Allah pun memerintahkan kepada ahli neraka ini untuk ke syurga. Jadi, apabila dia lihat syurga ini, dia mengadu kepada Allah bahawa syurga dah penuh. Baik. Apa yang dimaksudkan ialah tiada ruang yang sesuai untuknya disyurga. Ini kerana di hari akhirat nanti hijab akan terbuka sehingga seseorang itu dapat melihat sangat jauh, mendengar sangat tajam dan boleh berdialog dari jarak jauh sehinggakan ahli syurga boleh berdialog dengan ahli neraka.

Maka Allah pun berikan tawaran kepadanya iaitu kekuasaan seperti kekuasaan di bumi di mana ia seperti seorang raja yang rakyatnya terdiri dari raja-raja. Kemudian akan digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi, digandakan lagi (sebanyak lima kali)….ahli syurga ini memotong sebelum Allah meneruskannya dan berkata, “Aku redha” kerana tersangat gembira dan tidak tertahan nak merasainya, tidak sanggup menunggu. Maka Allah menyatakan akan diberikan kekuasaan di bumi di mana ia seperti seorang raja yang rakyatnya terdiri dari raja-raja, dan digandakan sepuluh kali nikmat tersebut maka jadilah keseluruhannya sebelas.

Inilah nikmat syurga yang paling low class(bawah) yang akan dirasai oleh orang terakhir yang akan keluar dari neraka. Bayangkan nikmat syurga first class, MasyaAllah, memang tidak mungkin terbayang.


Ustazah menambah lagi hadith tentang seksaan dalam neraka yang paling ringan 

Daripada Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni Neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih (dari sebab panas kedua bara api tersebut) otak yang ada di kepalanya. Dia tidak mengira bahawa ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".

Hadis riwayat Bukhari & Muslim




selain itu ustazah juga menerangkan PENEKANAN DALAM DIDIKAN ANAK-ANAK
 * anak-anak harus di pupuk / di puji / di belai / di cium / di peluk / di dakap .
- cium,dakap anak2 dari kecil agar terbiasa dengan kasih sayang yang di pupuk oleh ibuayah
- tidaklah selepas anak kita menghembuskan nafas terakhir baru mampu untuk mencium dan mendakap anak snediri..

* anak baru lahir - 7 tahun
- senda gurauan dengan anak2..

* 8 tahun - 15 tahun
-Terap dengan Ketegasan bersama Kasih Sayang..
- Ibu Bapa tunjukkan kasih sayang kepada anak2
- sayang anak2 walaupun mereka melukai kita, kita tidak benci anak2 tetapi benci sikap dan perwatakan anak2 itu.. jadi usaha lah untuk memperbaikinya..

* 16 tahun - 21 tahun
- Jadikan anak2 sebagai kawan,,.
- tidak menghukum sebelum bertanya..
- ibu bapa selalu memberi tanggapan negatif kepada anak2 tanpa di selidik dahulu keadaan sebenar..membuatkan anak2 memilih untuk jauh dari ibubapa
- mendekati anak2 seperti sahabat..ibu dan ayah yang berjaya adalah apabila dia mampu mendengar setiap masalah anak2 nya..dan anak2 nya tidak mencari kebahagiaan di luar kerana menjadikan ibu bapa sebagai rujuakan dan rumah sebagai pusat tarbiyah dalam ahli keluarga.
- ibu bapa juga perlu menggunakan teknik pengulangan..kerana anak2 ini cepat leka..dan dengan pengulangan dalam teguran atau nasihat, dapat memberi peringatan kepada anak2 dalam menguruskan kehidupan sehariannya.


PERINGATAN KEPADA IBUBAPA..
* ELAKKAN DARIPADA BERTENGKAR DI HADAPAN ANAK-ANAK
apabila ibubapa bertengkar dihadapan anak-anak, physicology anak-anak akan terganggu. cuba elakkan dan paling terbaik duk dalam bilik dan lakukan perbincangan. cari masa untuk berkomunikasi.
*IBU ATAU BAPA, JANGAN MENCERITAKAN PERIHAL PASANGAN MASING-MASING KEPADA ANAK2
ibu menceritakan perihal ayah kepada anak dan sebaliknya ayah menceritakan perihal ibu kepada anak nya.. perkara ini membuatkan hilang rasa hirmat anak2 terhadap ibu dan ayah mereka.

AKHIR SEKALI ustazah memberi TARGET atau Task Bagi membantu dan membina Rumah Tangga Yang Bahagia
*  pastikan 1 hari suami , anak-anak dan anda sendiri melakukan solat sunat sekurang- kurang nya 1 hari sekali.
* pastikan sebelum tidur bawa Al-quran sehari sekali..sekurang-kurangnya 1 muka surat.
*berjemaah dalam segala perkara seperti solat, makan, baca yasin@ surah kahf tiap malam jumaat
* mengadakan waktu seperti usrah. 
 jangan rasa diri bukan ustazah atau tak layak beri nasihat..jika tidak yakin, ambil buku Solusi atau apa2 majalah..dan olahkan dengan baik bersama anak2..


SEKIAN..


slot terakhir iaitu forem tidak dapat sy jelaskan kerana saya pulang awal. bimbang pulang ke UKM malam2..
cuma ingin saya katakan.. ini adalah kali pertama saya menghadiri satu seminar yang membincangkan perihal keluarga dan membentuk keluarga sakinah dan baiti jannati. pengalaman dari pelbagai jenis peringkat umur dan pengalaman2 ustazah2 tersebut dalam mengendalikan permasalahan rumah tangga, membuka mata saya untuk melihat dunia dan kehidupan dalam kaca mata seorang yang lebih dewasa.

Semoga sedikit pengisian ini dapat memberi manfaat buat saya dan pembaca2.. 
Terima Kasih dan Insyallah Bersua Kembali Untuk Mungkin ke seminar akan datang..

Next Program.. ^_^


Comments

simpleshida said…
alhamdulillah..! wah..terbaik. mcm sebijik je ustazah sebut dlm seminar..hehe..
keep up the momentum! salam juang!