Berhenti menghina mereka Bertudung Labuh

Raya yg ke 8..semua seronok beraya di kampung dengan menikmati pelbagai juadah dan berjumpa sanak saudara.. sejauhmana kita mengetahui batas hubungan antara lelaki dan perempuan atau kebatasan hubungan kita sesama saudara mara.. apa2pun harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..minta maaf andai ada silap dan salah dan terkasar bahasa ye.. =)
...............................................................................................................................................................

> tudung apa ko pkai ni.. macam kain langsir je aku tengok..

> nape sampai duk rumah pun nak pakai tudung besar2..dengan stokin plak.. bukan ada sapa2pun.. sedara mara je pun mcm Adik Beradik sendiri jee.. ALIM TAK BERTEMPAT lah..!

> kenapa suka sgt pkai tudung besar2.. tgk ustazah2 dalam TV tu..pakai selendang2..lilit2.. cantk je.. tutup aurat jugak.. duk pkai tudung besar bulat@4 segi mcm ni.. BURUK sangat..

> dah lah pakai baju besar.. tudung besar.. badan pun nampak besar.. Tak Cantik.. HODOH nampak..

> Kamu Bukan Ustazah.. Bukan Orang yg jenis hafal2 quran tu.. nak pakai tudung tutup litup macam ni.. kita biasa2 je..pakaian biasa2 sudah lah.. nak tudung labuh semua.. ilmu kita bukan banyak mana pun...

hurm.. macam2 kata2 yang di lontarkan oleh sebilangan orang yang masih tidak memahami konsep menutup aurat yang sebenar.. ilmu pada diri tidak lah setinggi mana tetapi tidak jugak secetek mana..





" Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bape mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang  perempuan, atau bagi perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengetahui orang yang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian keapda Allah , wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya."(An-Nur:31)

mungkin sukar di fahami..insyallah saya akan cuba jelaskan atas kefahaman saya terhadap isi ayat surah An-Nur:31 ini..

kita boleh untuk tidak menutup aurat dan memperlihatkan perhiasan diri hanya kepada :-
* Suami
* Bapa Dan Bapa Mertua
* Anak-anak lelaki termasuk cucu (dari anak lelaki@oerempuan)
* Anak2 tiri (anak-anak suami)
* Adik Beradik Seibu atau sebapa
* Anak saudara (anak kepada Adik Beradik Kandung)
* Pak Cik @ Mak Cik Adik beradik Mak dan ayah..
* Sesama Wanita Samala kaitan keturunan atau seagama
* Hamba sahaya
* pelayan yang tidak mempunyai nafsu syahwat
* Anak2 kecil yang tidak mempunyai syahwat terhadap wanita..

sumber rujukan : Aurat Untuk Semua

Di ingatkan Haram Untuk Kita memperlihatkan aurat kepada :-

* Lelaki yang tiada pertalian Darah
* Suami Kepada Mak Cik (kepada perempuan)
* Isteri kepada Pak Cik (kepada lelaki)
* Anak2 Pakcik Dan Mak Cik (sepupu)

TIADA BEZANYA AURAT TERJAGA DI LUAR RUMAH ATAU DI DALAM RUMAH JIKA ISI RUMAHNYA MASIH ADA MEREKA YANG BUKAN MUHRIM (BOLEH BERKAHWIN)

hadir bukan untuk melepaskan kemarahan atau kekecewaan kepada mereka yang masih tidak memahami tujuan aurat tertutup.. tetapi bagi diri ini sekadar pandangan.. cukup bagi diri puas dengan pakaian yang di pakai dan terasa diri lebih terjaga jika berpakaian seperti itu.. lebih penting lagi adalah terhindar diri daripada menjadi FITNAH KEPADA AGAMA..

Tidak perlu menghukum atau menghina jika apa
yang di lihat tidak menyalahi hukum syara..

Sampai bila kita harus menilai seseorang daripada luaran jika dalaman itu terus menerus terisi dengan perasaan dengki dan tidak berpuas hati dengan kejayaan seseorang..

Taufik dan Hidayah itu milik Allah..
Tidak perlu untuk di nilai lagi..
mungkin nikmat itu berkekelan dan mungkin juga di tarik kenikmatan itu sebagai ujian Allah..

Cukupkah Amalan Kita Untuk bawa Ke Syurga Sehingga Berani Untuk Menghina Mereka Yang Terus Kejar Untuk Mengenal Erti Islam Sebenar..??

Cukupkah Ibadah Kita Untuk di Hadapkan Di Hadapan Allah Sehingga Tidak Takut Untuk Terus MenCari Kesilapan Orang Lain..??

Cukupkah Pahala Kita Untuk DI bawa ke perhitungan Sehingga Sanggup Menjatuhkan Maruah Seseorang Yang Mencari Redha Allah..??

Cukupkah Kebaikan Kita Untuk di bawa Menghadap Ilahi Sehingga Menganggap Mereka itu sentiasa membuat Dosa..??



Apa-apapun Berbalik Kepada Maha Pencipta..
Sebanyak mana pun AMALAN kita.. Selama mana pun IBADAH kita.. kita masih tidak mampu mengetahui berapa banyak PAHALA yang ALLAH beri dengan terus menghina dan menghukum orang lain..
Kebaikan itu terhitung dengan Perlakuan kita bukan sahaja di Hadapan ALLAH tetapi juga sesama MANUSIA..

Jagailah hati setiap dari kita.. dan teruslah memohon maaf sesama Manusia.. sememangnya setiap dari kita Allah beri Kelebihan dan Kekurangan..

Semoga kita Sama2 dapat meMuhasabahkan diri agar sentiasa rendah diri dengan Kelebihan yang ada dan memperbaikan kekurangan yang ada..






Comments

assalamualaikum..boleh bg email?saya ada satu soalan.mungkin awak boleh tolong saya..chemansornadiah@yahoo.com