PoNDoK VS RuMaH


Hurmm.. Semasa Berada Di Kampus UKM.. 
Bersama Sahabat2 Mecari Erti Islam Dan 
Memenuhi Tuntutan Fitrah Sebagai Khalifah di Muka Bumi Ini iaitu Berdakwah Di kampus...
Hati ingin Sekali memenuhi Tuntutan Rohani Untuk Mengejar Ilmu Ukhrawi( Akhirat)

Jujur..
 ILmu Untuk Diri Terasa sangat lemah dan ingin sekali memenuhi dengan kefahaman yang jelas..
Dengan Kesempatan Yang Ada.. Aku di Beri Peluang Untuk Berdaftar ke DauRah Pondok..
Allahuakhabar!
Syukur Aku Di Beri Peluang Ke sana..
Dengan Keadaan Yang Sangat2 Teruja..
Aku Sujud Syukur Pada Ilahi Atas Ruang Dan Peluang Yang Allah Beri..
Aku Menelefon mak Dengan yakin aku ingin sekali pergi ke sana..


Aku Sungguh2 berusaha Untuk Mengecapi kejayaan Dunia dengan bersungguh2 membuat Peperiksaan Akhir Semester Kali Ini..
dengan Harapan cuti Semester Kali ini di penuhi dengan Ilmu Ukhrawi di Pondok Baitul Qurro'wal Fuqohaa, Melaka.
Aku sungguh Ingin sekali menjejakkan kaki dan menimba pengalaman untuk berada di sana..
Hanya Allah Yang mengetahui Betapa Sungguh Aku Sangat Ingin Berada di sana..



Selepas Habis Peperiksaan Semester..
 Aku menjadi urusetia dalam sebuah Kem Team Building yang juga memberi aku peluang untuk mengecapi lebih banyak ilmu baru,
antara urusetia lain yang ku kenal adalah dalam kalangan mereka yang fikrah agamanya jelas,
dan paling aku terasa rendah diri,
 apabila ada di antara meraka adalah 'Hafiz' dan 'Hafizah' (penghafaz Al-Quran)
Allahuarabbi..
Sungguh aku Teramat terasa Kerdil..
Dan Kesungguhan ku untuk Pergi ke Daurah Pondok itu lebih kuat dengan semangat dari sahabat2..


Program itu memnyedarkan aku betapa aku mempunyai sahabat2 yang ramai, 
yang mampu membimbing dan mengajar aku ke arah kebaikan..
aku di beri ruang untuk mengenal mereka dalam kem itu..

kami di beri taklifan (Tanggungjawab)
- Menghafaz Al-Quran Surah Al-Maidah (ayat 54-56)
- Maksud Bacaan Surah Al-Fatihah
- Al-Mathurat (Pagi dan Petang)
- Solat Sunat Rawatib (solat sunat Sebelum dan Selepas Solat Wajib)




[54]
Wahai orang-orang yang beriman!
 Sesiapa Di antara kamu Berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad) , 
maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; 
mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas,  
gagah terhadap orang yang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah.. 
dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. 
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang di berikanNya kepada sesiapa yang di kehendakiNya ; 
Kerana ALLAH maha Luas Limpah KurniaNya , lagi meliputi PengetahuanNya.

[55]
Sesungguhnya Penolong Kamu hanyalah Allah dan RasulNya , serta orang-orang yang beriman,
Yang Mendirikan Sembahyang, menunaikan Zakat, sedang mereka rukuk
(tunduk menjunjung perintah Allah)

[56]
Dan Sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta Orang- orang beriman itu Penolongnya
(maka berjayalah dia) , 
kerana Sesungguhnya golongan (yang Berpegang Kepada Agama) Allah itulah yang tetap menang.


Mereka membantu aku untuk Tasmid Bacaan Hafazan ini kerana aku seringkali mengadu..
Sukar Untuk menghafaz ayat itu..
Syukur, Aku di Ajar Sedikit demi sedikit sehingga 4 hari aku berada di sana..
aku mampu menghabiskan ayat Hafazan itu..

Teringat aku kepada kata2 salah seorang sahabat ku,
"Nadia Jangan Rasa Terlalu Rendah Diri.. Allah Lebih memandang mereka yang Tidak Lancar(gagap) dalam Menghafaz Al-Quran berbanding mereka yang lancar dan mudah untuk menghafaz..yang penting usaha.."

Aku cuba walaupun payah..Dengan bantuan mereka..Alhamdulillah Aku mampu..
Walaupun Hanya 3 ayat daripad Al-Quran..
Buat Aku bersyukur Allah Permudahkan Aku Dalam Menguruskan Waktu sepanjang berada di Sana..

HARAPAN KU AKU MAMPU MENGHAFAZ LEBIH BANYAK AYAT2 SUCI AL-QURAN..
INSYALLAH..

Hari Akhir Ku di Kem..
Aku mendapat massage dari Sahabat di UTM mengatakan akan bergerak bersama dari UTM ke Daurah Pondok..Kereta masih ada ruang kosong untuk ku..

Allahuakhabar..Syukur Aku , Allah permudahkan Lagi urusan aku untuk ke sana..
dengan persaan sangat teruja aku call mak.. dan mengatakan perancangan aku untuk kesana..
aku menerangkan tanpa henti.. selepas habis explain..mak aku menjawab..

"Nadia.. mak rasa TAK PERLU pergilah Sekolah Pondok tu..
Duduk rumah je..pak TAK BAGI pergi..balik lah dulu ye.."

Astaghfirullahazim..Berita itu buat aku terduduk menangis.. aku x dpt menahan tangisan itu..dan terus menutup talian telefon itu.. dan sungguh hati ini sangat kecewa.. sahabat2 menghampiriku dan aku lari mencari tempat untuk bersendiri..
sahabat2 menarik aku kembali,dan membawa aku ke tepi sungai..
mereka membenarkan aku menangis sepuas2nya tanpa mengetahui punca tangisan itu..

setelah itu, aku mendapat massage dari salah seorang sahabat ku di situ..

"Bertenang ..letakkan Segala Penyerahan Pada Allah..Allah Lebih tahu apa yang Terbaik Untuk Kita..
Teringat Hadis Nabi 'Ambillah Hikmah itu Walau dari mana Datangnya'
Akak Yakin Allah dah plan something yg lebih lagi dari Daurah itu.. POSITIF PADA DIRI"

Setelah Pulang ke rumah..
Aku melalui perjalanan kehidupan seperti biasa..
Dengan Harapan Hikmahnya Aku Temui..
Aku Terus Menunggu..
Tidak Sampai Seminggu berada di rumah..
ayah mendapat berita..
Tok dan Wan Tak sihat..
tak mampu bergerak dan sangat jarang makan sebab sukar untuk berjalan dan bergerak..
mereka mengharap aku untuk menjaga mereka di sana kerana aku cuti sem..
ASTAGHFIRULLAHAZIM.. Allah Beri Aku Jalan Tarbiyah Yang lain..

Baru ku Sedar..
ALLAH mengaturkan SEGALANYA..
segala Perkara PASti Ada Hikmahnya..
Benar Sahabat kata2mu..

Aku Juga Masih leka Dengan Tuntutan Diri Sendiri Tanpa Ku sedar Aku mempunyai Lebih Banyak Tuntutan yang belum Terlaksana terutamanya kepada Anak Syurga Di Rumah..

Sanggupkah aku membiarkan Mak melakukan semua perkara itu sendiri..??
Benar kini aku melihat Hikmah Allah Meletakkan Aku di Sini..Saat ini..
Berada Bersama Keluarga..
Ilmu itu Berada Di mana2..
Dan Tarbiyah Itu hadir Dengan menCARI HIKMAH dalam segala perkara yang kita lalui dalam KEHIDUPAN..

Kini..Aku berada di kedah.. 
Membantu mak untuk menguruskan urusan tok dan Wan..
dan menjaga Adik..


Semoga Tuntutan Aku sebagai..
CUCU kepada TOK dan WAN..
ANAK kepada MAK dan PAK..
KAKAK kepada ADIK..
TERLAKSANA di SINI..
 INSYALLAH..


menghabiskan waktu terlapang dengan membaca koleksi majalah ANIS di kampung.. =)

Comments

ye sy..maaf..mishu blur ni sapa ye.. salam perkenalan.. =)