Cungkil..Hancur..Bina..Kukuh..

Alhamdulillah.. Sudah Habis Exam Untuk Sem 2 tahun 2..
Pejam Celik.. Pejam Celik Dah Nak Tahun Akhir Dah..
Terasa Baru je berada di UKM..Teringat ku Kepada Post
Kau Nak jalan Lurus Orang Boleh bawakan...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah..Allah..Allah..
Maha suci Allah YAng memberi ruang dan Peluang ku untuk terus berkarya di dalam blog ini..
Blog ini Bertujuan Sekadar perkongsian atas kehidupan sementara di dunia realiti yang mungkin sekali terkadang kita ALPA, kita LEMAH..
dan di sini tempat kita bersama..
dalam menCUNGKIL, mengHANCUR. memBINA kembali dan mengKUKUHkan kedudukan yang kita ada sekarang..

Hadirku Sekadar untuk menyentuh HATI2 kalian dalam mengenal siapa kita di sisi MAHA PENCIPTA..
Hati2 yang terkadang sering jatuh.. lemah dan tak berdaya.



Aku cuba untuk menCUNGKIL bakat dengan karya2ku..
Aku melihat jalan ini jalan dakwah ku,.
Aku mungkin tidak mampu Berhujah di hadapan Kalian..
Aku juga tidak mampu Membawa diri Bersama kalian..
Tetapi dengan Karya2ku, aku mengharap ada sedikit ruang kekosongan hati kalian untuk aku penuhi..

Aku cuba mengHANCURkan..
hancurkan perasaan RIAK ku semasa berhujah di hadapan kalian dengan menyampaikannya di dalam karya2 ku di sini..
aku juga manusia.. perasaan itu terkadang kita tak mampu menolak..
aku mengharap hancurnya perasaan itu, mampu untuk aku ikhlas dalam JALAN JUANG ini..
dan setiap bait2 kataku di sini mampu menyentuh Hati2 kalian yang lembut..


Aku cuba untuk memBINA..
membina kembali KEYAKINAN dalam karya2 ku..
kerana aku melihat perubahan ku dalam masa ke semasa..
keMATANGAN ku dari hari ke hari..
KeDEWASAAN ku dalam menyampaikan Dakwah..
Ingin sekali aku memberi ruang kepada diri untuk terus istighamah dalam memberi dan menerima teguran sahabat2..
Keyakinan itu hadir dengan melihat sedikit kelebihan yang ALLah beri..
bukan untuk Riak tetapi membuang rasa RENDAH diri yang Terlalu meninggi dalam diri..

Aku cuba untuk memPERKUKUHkan Kedudukan..
merancang kembali dan melihat kembali siapa aku,..
karya2 ku menjadi bukti akan PERUBAHAN, KEMATANGAN DAN KEDEWASAAN ku..
kukuh ku dalam kehidupan ini, kerana hadirnya KALIAN SAHABAT2 yang sentiasa berada di sini..
memberi aku KEKUATAN..
Kukuh ku dalam MEDAN ini kerana hadir nya KALIAN memberi aku  SEMANGAT..
Kukuh ku dalam JALAN JUANG ini kerana Hadirnya KALIAN memberi MOTIVASI kepada ku ..



Aku sekadar Hamba..
Hamba kepada TUHAN pencipta..
syukur ku di beri ruang sebegini rupa..
untuk aku memberi sedikit peringatan kepada mereka..

karya2 ku ini sekadar perkongsian dan motivasi bersama..
dengan harapan ilmu yang sedikit ini mampu membawa aku ke syurga..
Aku bukan lah orang yang Hebat yang Harus di bangga2..
kerana aku juga insan yang banyak kekurangan dan sentiasan alpa..

Bantulah aku dalam memperjuangkan agama..
Aku Tidak Hanya Ingin Kalian berdiri tanpa kata..
kerana aku melihat kalian juga teramat sayangkan Agama..
Semoga Kita Akan Terus kuat dan Setia..
dalam Menegakkan kalimat Lailahaillah ini bersama2..

Syukran Sahabat2..

Comments