aku TAK KESAH kalau orang kata TUDUNG LABUH SUKA BERPUAK2..



biarlah orang nak kata apapun tentang mereka yang bertudung labuh itu suka berpuak-puak..
tahu kenapa!!

meh nak habaq kat hampa semua...

> Wah!! cantiknya baju2 ni..x kirelah mahal pun..nak jeans, nak baju kemeja, kasut ,beg berjenama Padini, Bonia.. Aarghhh bestnya Shopping..
(xpe..makayah aku ada duit banyak..)

> eh, xnak lah pkai tudung besar labuh bagai, x de style laa.. xleh berfesyen..
   susah nak dapat kat pasaran skrg.. x branded plak tue..
(aku nak bergaya,baru orang nampak)

> xpe2.. saya boleh suap sendiri makanan ni..
(eee.... abenda ni share2 makan..geli laa..)

> hurmm... ada pinggan lain x..?? saya x biasa makan dalam talam ni..
        (aku biasa pakai sudu garfu kot)


> tak nak lah pergi surau..nanti budak2 tudung labuh tue pandang2..
   ingat surau tue dia punya ke..x suka betul..
   (ishh..malu lah nak masuk surau..aku pkai jeans, baju kecik, tudung sempang2)

> eh, aku lagi selesa solat sorang2 lah..lebih khusyuk..  (malas nak p masjid..nanti imam baca lambat lah)


mungkin antara alasan2 ini semua, kalian pernah terdetik salah satu alasan ni kan..??
x pe jangan malu.. saya juga pernah merasai semua situasi ini..(hampir semua rasanya)
hmm..

Seperti sebelum ini saya telah menjawab persoalan mereka yg mengatakan..
Budak Pakai Tudung Labuh Suka Berpuak-puakkan.??

jika di lihat.. mereka yang berubah kerana kefahaman itu lebih memahami dan menghayati makna islam yang sebenarnya.
mereka yang bertudung labuh memang selalu di lihat.. kerana amanah islam yang di bawa melalui pemakaian membuatkan mereka selalu di pandang..
sehingga kesalahan sekecil zarah di lihat seperti setinggi gunung..

Besarkan amanah itu..??
tetapi dengan pandangan itulah membuatkan mereka yang bertudung labuh ini lebih kuat untuk membawa agenda dakwah mereka melalui pemakaian..
kerana terasanya amanah yang di pikul, membuatkan sepemakai lebih menjaga akhlak dan membuat perkara yang baik dan cuba mengelak perkara yang sebaliknya.

amat rugilah bagi mereka yang memakai pakaian yang lengkap sebagai muslimah tetapi kurang menghayati dan faham akan apa yang di lakukan.. hadir bukan untuk menghukum sesiapa kerana ianya tidak adil untuk menghukum mereka yang baru ingin berubah ke arah kebaikan.

jangan di lihat pada si pemakai tetapi cuba untuk mendampingi mereka kerana ilmu dan hidayah Allah itu bukan hadir dan di lihat pada luaran..tetapi dengan pengenalan(taaruf)

Pengenalan bagaimana yang di maksudkan??
kita Islam..Kita Bersaudara..Saling kenal mengenal itu perlu.. tiada istilah dalam memilih persahabatan jika kita meletakkan Allah paling  atas dalam menentukan sahabat hingga ke Syurga..

Kenapa perlu ada perasaan BENCI?Kenapa Harus ada perasaan DENGKI?kenapa harus di DENDAM perkara lalu??
KERANA KITA MANUSIA..Fitrah untuk ada perasaan itu tetapi ketepikanlah kerana ianya sangat merosakkan persaudaraan itu..

PANDANGAN KU SETELAH bersama dengan sahabat2 BERTUDUNG LABUH..

Mudah rupanya untuk menutup aurat..
tak susah..
-pakaiannya longgar2kan..
-sarung tangannya tutupkan lengannya..
-sarung kaki menutupi kakinya..

CANTIK..CANTIK SANGAT..
sukar untuk di luahkan..tetapi mereka yang menjaga auratnya..
Subhanallah..ALLAH PELIHARA KECANTIKANNYA,,
ye! kamu sendiri dapat melihat beza cantiknya mereka yang mendedahkan aurat berbanding mereka yang terpelihara auratnya..
BERSIH,SUCI,kecantikan raut wajahnya sangat tenang..
sungguh cantik bila aku melihat mereka..kerana cantiknya mereka kerana Ilmu Agama yang ada pada mereka..




dapat di lihat mereka yang sentiasa berpandangan bahawa mereka yang bertudung labuh itu suka berpuak-puak, kerana timbul perasaan iri hati yang Allah letak kepada diri mereka. sejujurnya,apabila di soal kembali kenapa mereka berpandangan seperti itu, ternyata kelu lidah untuk berkata2..
mereka hanya mempersoalkan tanpa mencari solusi kepada persoalan yang sebenarnya mereka sendiri dapat memberi jawapannya andai mereka mendekati golongan bertudung labih ini..

tak ramai yang mampu berkongsi segala perkara bersama sahabat..
semenjak bersama sahabat2 YANG KENAL ISLAM..

=DUIT itu bukanlah yang UTAMA..

= KECANTIKAN LUARAN itu bukanlah KEPENTINGAN berbanding cantiknya DALAMAN..

= PANDANGAN MANUSIA tidak di LIHAT berbanding PANDANGAN ALLAH..

=KELEMAHAN di jadikan PEDOMAN bukan lagi sebagai SESALAN..

= KELEBIHAN itu di BERI UNTUK ISLAM bukan lagi untuk MENUNJUK-NUNJUK..

= Tingkatnya KEIMANAN dalam mengenal erti islam dan TIDAK lagi MELAKUKAN PERKARA LAGHA(sia-sia) ..

= peliharanya diri dari melakukan perkara yang ALLAH BENCI sejak mereka BIMBING..

= ada teman untuk melakukan perkara2 amal maaruf nahi munkar (DAKWAH)

=PERKONGSIAN AGAMA dalam setiap kata-kata PERBUALAN HARIAN..

= tiada perasaan yang mampu merosakkan hubungan apabila masing2 meletakkan persahabatan itu kerana Allah..(BERLAPANG DADA DALAM SETIAP PERKARA)

=sahabat yang mendorong kita membuat perkara yang ALLAH SUKA..

=menjadikan SURAU@MASJID tempat BERKUMPUL bersama sahabat2..




SERONOK!! SERONOK SANGAT BERSAMA MEREKA..
SUNGGUH AKU YAKIN..MEREKA SAHABAT YANG AKAN MEMBAWA AKU KE SYURGA..


mereka PENDORONG KU ke arah KEBAIKAN
mereka PENDAMPING KU ke arah menuju REDHA ALLAH..
mereka PENEMAN KU dalam MENGEJAR ERTI ISLAM..
mereka PEMBIMBING KU  dalam MENGENAL CINTA ALLAH DAN RASULULLAH..


SYUKUR!! Allah kembalikan DIRI ini ke dalam FIKRAH ISLAM sebenar..

kenapa harus TAKUT? kenapa harus banyak PERSOALAN? kenapa harus banyak ALASAN?
FIKRAH KITA ADALAH ISLAM..
KEMBALILAH KEPADA FITRAH MANUSIA YANG ALLAH CIPTA SEBAGAI KHALIFAH DI MUKA BUMI INI..

DAN KINI SUNGGUH SAYA YAKIN DAN MENGAKU..
SAYA TAK KESAH kalau orang nak kata BUDAK TUDUNG LABUH SUKA BERPUAK2..









Comments

missprettyhawa said…
This comment has been removed by a blog administrator.