Aku Bukan.......


Aku Bukan Rabiatul Adawiyah tetapi Aku Pejuang Yang Cintakan Agama..
Aku Islam dan bukan sekadar Atas Nama..
Aku hadir Sekadar Ingin Membuat Kalian Gembira..
Perlukan Kah Aku Menangis di Hadapan Kalian Tanda Aku Kecewa Bersama..

Aku Sedar Kalian Hebat-hebat belaka..
Tetapi Jangan lah Memandang seperti Aku ini Bermasalah saja..
Aku berusaha Untuk berhujah Atas Ilmu Yang Allah Kurnia..
Tetapi Bukan Untuk Riak atau menunjukkan Aku Hebat Semata-mata..

Ungkapan Ukhwah di Sebut Sentiasa..
Faham kah Kalian Ukhwah Andai Perasaan Iri Hati Masih Tersemat di Dalam Dada..
Aku Cuba Untuk husnuzon Dengan Setiap Perkara..
Tetapi Aku Tetap Manusia Yang Lemah Di Sisi-Nya..

Maafkan Aku Kerana Jauh Sementara..
Kerana Aku Perlu Masa Untuk hati Sembuh Seperti Sedia Kala..
Ketiadaan Ku Mungkin Buat Kalian Gembira..
Kerana Aku Hanya Sahabat Yang Tak Kenang Jasa




Comments