Aku Masih Bersama Kalian


Mereka Melihat Aku Sunyi..
Sedang Aku melihat mereka Aku Bahagia sekali,
Mereka Memandang aku Sepi,
Aku Sentiasa memandang mereka Dari Jauh setiap HAri..

Di belakang mereka aku nampak berani,
Tetapi di hadapan mereka aku takut dan terus menyepi..
puas aku mencari,
tetapi tak ku temui.
Adakah Aku Terlalu riak seperti ini,
atau malu sehingga menghilangkan diri,

mereka,aku ibarat langit yang tinggi,
sedang aku ibarat tanah yang hanya di pijak tanpa peduli,
sukar untuk aku kehadapan bersama mereka yang sungguh hebat tak terperi,
kerana aku hanya mampu berbicara tanpa isi.

Sikap ku selalu mencuit hati,
mungkin senang untuk di dekati,
diam ku bererti aku malu atau terlalu merendah diri,
pada mereka yang aku hormat seperti seorang DaiƩ
dan aku hanya seorang mad'u yang penuh dgn sifat duniawi..

hari2 ku sujud pada Ilahi,
semoga Allah Berikan pertunjuk dan menerima taubat hambanya yg lemah ini,
maafkan aku yg jauh sehingga kini,
ku harap Allah temukan titik persamaannya kita nanti..

aku tidak tahu untuk berkata apa2 lagi,
kerana Jawapan nya belum ku temui,
doakan aku yang terlalu memandang tinggi pd ciptaan ilahi,
semoga doaku di terima dan di rahmati..

~muhasabah diri~



Comments