Izinkan Pemergian ku..


Aku melihat mereka dari jauh nun di sana..
senyum , tawa senda, dan gembira..
syukur hati apabila adanya sahabat berukhwah semantap mereka..
hati ini ingin sekali memeluk tiap dari mereka tanda aku teramat cintakan kenangan bersama..

walaupun hadir hanya seketika..
hati mengharap mereka sedar akan kehadiran ku di dunia..
andai Allah memilih aku pergi dahulu sebelum mereka..
izin aku mohon 1000 kemaafan dalam setiap detik aku bersama mereka..

Allah itu maha berkuasa..
Allah hantar aku untuk menggembirakan suasana..
jika kalian sedih, aku x akan biar kan ia..
kerana aku mahu kalian bahagia..

kematian itu pasti andai itu ketentuanNYA..
entah bila ia akan menjemput pastinya ku x mampu menolak segalanya..
hanya 1 pinta dari ku buat kalian sahabat selamanya..
Doakan aku pergi jika itu yang Allah pinta...

hadir bukan untuk buat kalian berduka..
cuma ingin mengingatkan kematian itu sentiasa menghantui kita..
jika bukan hari ini, esok atau akan datang pastikan tiba..
bersediakah kita andai dunia ini menjadi agenda utama..??

Semoga Allah letakkan kita di Syurga selamanya..
Islam menjadi agama Utama..
Al-Quran dan Sunnah menjadi Panduan kita..
dan Rasulullah sebagai ikutan kita..





Comments