Kita Masih Ada Jarak Pemisah

kenapa harus resah sebegini,
andai kamu yakin janji Allah itu pasti,
kenapa harus di ragui akan pilihan ini,
jika Allah telah tenangkan hati..

andai tujuan mu sekadar untuk mengenal erti cinta abadi,
mungkin anda lupa akan cinta Allah yang tidak ada berbelah bahagi,
andai dirimu merasakan ingin di sayangi dan di peduli,
mungkin anda tersasar sehingga lupa Allah ada di sini..

kenapa harus berhubung sebegini,
jika kamu yakin Allah ada memerhati,
sampai bila harus sebegini,
kerana ikatan kamu ini belum halal untuk di teruskan lagi..

mungkin kamu sudah bertunang tanpa di sedari,
tetapi ingat kamu masih tidak halal untuk dia lagi,
jagailah hubungan kamu ini,
supaya yang bakal menjadi permaisuri dan putera mu nanti bersih dan suci..


Comments