Pengembaraan Ku di kedah(2) : Allahkan Ada.. (^_^)

Ketika aku sedang melihat buku2 yang berada dalam gedung ilmu POPULAR itu,
terlihat kepada seorang wanita yang berpakaian sekadar jeans,t-shirt, dan rambut berikat sedang melihat kepada buku2 agama.. ku mengekorinya dan terlihat pula seorang jejaka bersama nya dengan berseluar jeans, t-shirt dan rambut panjang yang berikat serta cermin mata di atas kepala sedang membelek2 buku agama di sekitar itu..

terlintas hati ini untuk mengekori gerak geri mereka...


wanita: nah, ambil ni.. (buku panduan solat)
jejaka: di belek2nya buku itu. dan di letak kan kembali ke tempat asal..
mereka terus berjalan2 membelek buku2 yang lain..
terlihat kepada wanita itu memegang buku bacaan yassin..
sungguh! yakin hati ini, mereka sedang mencari..

hati terus mengatakan.. aku perlu membantu mereka..
ku mencari buku yang sesuai..
ALLAHUAKHBAR, TERNYATA ALLAH MAHA MENGETAHUI..
buku bertajuk "WAHAI WANITA BIMBINGLAH DIRIMU" ada di hadapan ku,
ku lihat isi kandungan nya..ternyata sangat sesuai untuk panduan wanita atau leki memndu kaum wanita, dari aurat,solat, dan byk panduan fikah lain..




dengan berbaki kan rm#$ di poket ku..
hati terdetik.. (cukupkah untuk aku membeli tikat pulang dr KEDAH-JOHOR..)
dengan kebergantungan ku pada MAHA MENGETAHUI..
aku beli kan juga buku itu yang berharga RM!@..
sebelum ku berikan kepada wanita ku..
tercatat di dalam nya

"maaf kerana saya memerhati kamu..ALLAH membuka Mata Ini Untuk melihat kamu..
Salam Pekenalan"
nama ku dan no tel ku..

dengan hati yang gembira campur gemuruh..aku pergi berhadapan dengan nya..
dengan senyuman, ku memberikan wanita itu buku yang ku beli..dan bersalam serta mengucapkan salam perkenalan..
aku pergi meninggalkan dia dalam keadaan tenang. dia membalas senyuman ku dengan keadaan terkedu..

sepanjang perjalanan ku, aku rasa bersyukur ALLAH kurniakan Kekuatan untuk aku berhadapan dengan pasangan itu..hanya doa mampu ku berikan agar mereka di permudahkan dalam mencari erti ISLAM yang sebenar..

Petang itu aku ingin membeli tiket untuk balik..dengan berbakikan RM%^,

aku: kak,tiket balik ke johor,9hb april 2012 kol 9.30mlm..
Allahuakhabar..ALLAH MAHA BESAR..
tiket itu berharga RM %^, cukup duit itu untuk tambang pulang ku..
dan tanpa berbaki..aku serahkan segalanya pada ALLAH..

pada malam nya,sedang aku menonton TV..
HP ku berbunyi tanda 1 SMS masuk..
ku baca SMS itu..

"Assalamualaikum, sy ucapkan berjuta terima kasih kepada cik kerana hadiahkan buku yang amat berguna yang saya tercari2 kepada isteri saya. saya yakin Allah telah gerakkan hati cik untuk bersedekahkan kepada kami, saya juga yakin ini juga bukti yang Allah telah mekabulkan doa saya supaya kami terutamanya isteri untuk menjalankan tanggungjawab sebagai hambanya, buat pengetahuan cik, kami baru sahaja Mendirikan solat dan Segala Suruhannya setelah sekian lama leka sebagai hambanya. kami berazam untuk perlahan-lahan perbaiki amal kami, sebab itu saya bawa isteri mencari buku2 agama sebagai rujukan. alhamdulillah dengan hadiah yang cik berikan membuktikan Allah maha mengetahui nawaitu saya dan hadiah cik menguatkan lagi azam saya..hanya Allah yang akan membalas budi cik.. insyallah
(sy yang serba kekurangan)
nama c suami & c Isteri... Assalamualaikum "

Subhanallah.. air mata ini menangis melihat akan kebesaran Allah yang menjadikan Aku sebagai perantara antara pasangan itu dan Dia..
Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui..Aku Bersyukur kerana dapat membantu mereka yang sedang mencari..ingin sekali aku memeluk si isteri itu di kala muka nya kelihatan sungguh ingin mengenal Islam..
Doa ku agar Allah permudahkan urusan mereka..

esoknya tiket jam 9.30..malam ku di rumah seorang sahabat, dan keluarganya sangat baik..dan aku..sangat terhutang budi dengan mereka..
ucap syukurku sekali lagi kepada ALLAH atas kebesaran nya..
Sebelum aku melangkah keluar dari rumah nya, ibu kepada sahabat ku memberikan aku rm&* sebagai sedekah untuk aku pulang ke Johor..
Allahuakhabar.. Allah maha Besar..
ini lah TARBIYAH KEHIDUPAN yang aku dapat sepanjang pengembaraan ku di KEDAH..
Sungguh Kini Aku Lebih Yakin.. Allah Sentiasa ada buat Hambanya..
Kebergantungan hati ini kepada ALLAH ternyata BENAR,,
Allah itu maha Mengetahui..Allah itu Maha Mencipta..Allah itu maha pemberi TAUFIQ&HIDAYAH..

ku tinggalkan cerita ini sebagai pengajaran yang ingin sekali ku kongsikan buat sahabat2..
Yakini Kehadiran Allah Dalan Susah dan Senang..
Yakini Kehebatan Allah tiada Tandingan nya..

~muhasabah diri~

Comments

[wani_mn] said…
subhanallah. tersentuh baca entri ni. insyaA, Allah ganjarkan ganjaran besar pada awak suatu hari nanti. :)
subhanallah..Allah maha Besar