Sangat ISTIMEWA Sebuah Keluarga Yang Hadirnya Insan bergelar ANAK SYURGA

tak ramai yang merasai berada di sebuah keluarga yang hadirnya insan teramat istimewa kurniaan ALLAH..
ramai juga yang ada tapi tak dapat menghargai dan bersyukur dengan kehadirannya..
malah ada juga yang mengungkit dan menyalahkan takdir..
lebih dasyat lagi membiarkan anak yang di janjikan syurga itu terbiar tanpa perhatian dan di beri pula tamparan dan keganasan..
SUBHANALLAH..
fitrah manusia..
tidak pernah puas dengan kesenangan dan kekurangan mereka
sejauh mana kita mengenali insan itu dan sejauh mana kita cuba dekati mereka..
renung sejenak..





mata ALLAH beri untuk melihat..
adakah kita menggunakannya untuk melihat perkara yang elok seperti melihat isi AL-QURAN atau sekadar melihat maksiat di sekeliling..
beruntungnya mereka yg ALLAH beri nikmat pandangan mata untuk melihat dunia..
tetapi beruntung lagi bagi mereka yang di buang nikmat pandangan mata kerana mereka jauh dari "zina mata"

telinga ALLAH beri untuk mendengar..
Adakah kita mendengar ayat2 suci Al-quran dan kata2 ilmuan serta kata2 dari mereka yang bercakap benar atau sekadar mendengar umpatan orang dan kata2 dari kebatilan..



mulut dan lidah ALLAH beri untuk bercakap dan merasa..
adakah kita menggunakan nikmat bercakap itu untuk menyatakan kebenaran atau sekadar bercakap akan kebatilan..??
dan adakah kita mengunakan nikmat rasa itu untuk merasa nikmat halal atau haram..??


hidung ALLAH beri untuk menghidu..
busuk atau wangi pasti hidung menerima hiduan nya..
andai nikmat bau itu ALLAH tarik..??




sesungguhnya manusia tidak pernah bersyukur..
di beri segala nikmat tetapi di abaikan..
di beri peluang untuk menggunakan nya tapi di gunakan ke jalan yang salah..
di beri ruang untuk mengecapi nikmatNYA tapi sedikit ucapan syukur tidak terkeluar dari mulut mereka..
hampir 16 tahun kami bersama dengan insan yang istimewa di hadapan ALLAH dan sering kali di pandang rendah oleh masyarakat akan kekuranganya..
kami tidak pernah menyalahkan sesiapa dan tidak juga menidakkan kesalahan mereka..
seringkali keluarga kami di anggap membawa haluan sendiri kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan setiap keluarga yang sempurna..
ayah ku sering kali menyebut
"keluarga kita bukan macam keluarga orang lain.. kita ada adik YANG ISTIMEWA..adik kita istimewa...
kita dari keluarga yang isitimewa..dan jangan sama kan keluarga orang lain seperti keluarga kita.."
aku sangat pegang dengan kata2 itu..
BENAR..
siapa tahu..siapa faham..


sangat bersyukur aku di lahirkan dalam keluarga yang mengenal erti kasih sayang terutama sayangnya pada insan istimewa ini..

ada yang bersuara..
"susah sangat ke nak keluar jalan2.."
"bawa je lah semua family.".
"semua dah besar2kan..?"

dengan kehadiran INSAN ISTIMEWA ini..
terbatas segala aktiviti yang tidak berfaedah ku ..
terbatas segala pergaulan bebas ku..
tingkatnya ilmu agama ku dalam mengenal erti syukur..
tingkatnya kesabaran ku dari hari ke hari..
tingkatnya keperibadian ku dalam mengecapi cinta ALLAH..
TIDAK CUKUP LAGI KE NIKMAT PAHALA YANG DAPAT KU KECAPI JIKA AKU TERUS MENGHARGAI KEHADIRAN INSAN ISTIMEWA INI ??

SANGAT BERUNTUNGNYA AKU DENGAN KEHADIRAN ANAK SYURGA DI RUMAH INI..
tetapi seringkali nikmat itu aku mungkari bila hadirnya nafsu remaja yang inginkan kebebasan..
seringkali nikmat itu aku tinggalkan bila hadirnya jiwa yang memberontak..
aku sedar aku insan yang lemah..
sejauh mana aku menghargai nikmat syukur itu jika hadirnya bisikan dari mereka yang sempurna itu..
sejauh mana aku mampu merasakan kehadiran nya, andai diri terdedah dengan nikmat dunia yang teramat besar ini..


semoga ALLAH memberi HIDAYAH dan memberi aku ruang dan peluang untuk lebih dekati dan lebih fahami insan yang bergelar "ANAK SYURGA"




ku tinggalkan lirik lagu ini sebagai kata2 luahan insan yang istimewa..
untuk ku yang sering lupa diri supaya sedar diri
SIAPA AKU DI HADAPAN ALLAH..
TIDAK KU PINTA

senyum ku tak seghairah,
gerak gaya tidak selincah'
mataku x seayu,
kicau burung pun x semerdu.

namun ku punya hati,
juga gayaku perasaan,
hidupku yg begini,
kadar waktu di izin tuhan.

tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.

maafkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.

tidak ku minta lahir ke dunia,
tidak ku duga cacat begini.
bukan ku minta kasih dan manja,
bukan ku rayu bantu simpati.

biarkan wahai teman,
ku menumpang di sudut dunia,
mencari ketenangan,
sampai masa ku pergi jua.

Comments