Pejam Celik Pejam Celik Dah RAMADHAN dah..!!

Apa yang kamu faham tentang ramadhan..??

=>Ramadhan?? biasa laa..

=> puasa..tambah ibadat sikit2 je kot..

=> x yah lah nak hipokrit sangat..

=>time2 ramadhan baru nak ibadat-ibadat..bangun pagi2 qiamulail..

=>konon baik sangat lah kan sebelum ni tak pernah buat pun..

=>ishh..x mau lah ibadat banyak2 sangat..

malu laa..sebelum ni tak pernah baca al-quran banyak2 muka surat..

malu lah...sebelum ni x pernah bangun pagi2 sebelum sahur nak solat tahajut segalaaa...hmm


pelbagai alasan dan kata yang membuat kan diri semakin jauh dari mendekati ALLAH..

sedangkan syaitan telah di penjarakan dan di ikat..

hmm..benarkah syaitan tak ada di bulan ramadhan..??

adakah sekadar teori atau kebenaran..??

kalo tiada syaitan, kenapa boleh timbul alasan2 seperti itu ye..??

NAFSU..??hmm..


pelbagai pendapat dan hujah bagi persoalan yang di berikan..

dari Imam BUkhari dan MUslim,

"Apabila tiba Ramadhan;telah di buka pintu2 syurga, telah ditutup pintu2 neraka dan di belenggu syaitan2"


Dalam menafsirkan hadith ini,para ulama ada 2 pandangan,

pertama : hadith in secara zahir iaitu,"bahawa syaitan2 benar2 di belenggu(di ikat) oleh Allah.


kedua : melihat hadith ini secara maknawi iaitu yang mahu di sampaikan ialah syaitan2 pada bulan Ramadhan semacam lemah kerana Ketaqwaan , tahanan nafsu dan menahan nya anak adam dari makan dan minum semasa bulan ramadhan.

Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya Kaifa nata'malu ma'a sunnah,berkata,"kedua2 penafsiran hadith ini adalah benar".


bagi diri ku..

aku lebih yakin bahawa syaitan di ikat dan segala perwatakan dan sikap kita pada bulan ramadhan ini adalah sebenar-benarnya diri kita..

kita di didik oleh syaitan selama berbulan2 untuk menjadi diri kita seperti sekarang..

dan pada bulan ramadhan ini adalah sebenar-benarnya nafsu yang ada pada diri kita..

sama ada kita dapat mengawalnya atau sekadar membiarkan nafsu yang di didik oleh syaitan selama ini menguasai diri kita..


sebagai contoh aku cuba untuk motivate diri aku untuk lebih cenderung mendengar tazkirah atau ceramah pada bulan ramadhan..

kerana bagi diri ku..

jika aku sentiasa memberi alasan dan berat untuk pergi ke majlis ilmu pada bulan ramadhan ini..

itu bukan lagi hasutan syaitan..tetapi keinginan nafsu untuk menidakkan kehadiran ku dalam majlis ilmu itu..


seperti juga untuk aku memegang AL-QURAN dan beribadat pada bulan ramadhan..

jika aku sentiasa memanjakan nafsu aku dengan memberi pelbagai alasan untuk aku tidak menyentuh al-quran dan bersolat sunat walaupun sehari..

itu semuanya bukan lagi HASUTAN SYAITAN..

tetapi NAFSU DIDIKAN SYAITAN..


iman boleh didik..

sebagaimana syaitan mendidik nafsu kita selama 11bulan..

kenapa tidak sebulan yang di anugerahkan oleh Allah ini..

kita perbaiki diri..

dan didik IMAN itu untuk terus ISTIGHAMAH dalam setiap ibadah kita..



kesimpulannya

Sesungguhnya ahli syurga itu telah menempa kejayaan di dunia, apakah kejayaan itu?

itulah berjihat dengan hawa nafsu.

benarkah kita sudah melawan nafsu?

Benarkah kita sudah berpuasa sekarang?

Menahan diri lapar dan dahaga?

Menahan nafsu membuat sesuatu perkara?


Maha sempurna aturan ALLAH,

Sesungguhnya Nafsu itu akan tewas bila lapar.

Sama-samalah memburu keredhaanNya.

Jika Benar Kalian mencari KeredhaanNya,

Kalian ikhlas berpuasa keranaNya,

Maka lakukan Sebaik-baiknya,

insyallah SYAITAN SENDIRI PUN TEWAS DENGAN NAFSU

Comments