Saya budak sekolah BIASA jee hmm bukan sekolah AGAMA..


MASA SEKOLAH..
  • hmm..ok solat 5 waktu cukup kot..
  • Ngaji satu muka surat cukup lah..

MASA MATRIKULASI..

  • eh,apa tue mathurat..??
  • hah! Usrah..?? x penah join pun..??
  • Budak pakai tudung labuh suka berpuak2 kan..??camna aku nak join dorang eh..??


pelbagai persoalan tanpa jawapan..
baru ku sedar diri ini masih ketandusan ilmu agama..
di sekolah dulu aku hanya seorang pelajar yang di beri amanah untuk belajar mengikut syllabus dan yang pasti A dalam tangan tanpa praktikkan dalam kehidupan..


hari berganti hari, bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..
jika di tanya takut di pandang rendah oleh orang..
jika tidak di tanya.. aku sesat sampai bila2..
hurmm.. buat je lah apa yang termampu..
ALLAH tengok HATI kita bukan LUARAN kita..
(hmm..betul ker..??)


di universiti semua persoalan ku terjawab..


  • pendamping yang paling dekat dgn kita..
  • amalkan pagi(subuh) dan petang(asar)..
  • insyallah akan di pelihara dari pagi ke petang..dari petang ke pagi....

Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


usrah..??
satu keluarga..
pertemuan bersama sahabat2 dalam membincangkan soal pelbagai sama ada dari sudut agama mahupun pelajaran biasa..
indah sungguh berukhwah dalam berusrah..

usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu,
malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan.
Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik.
Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah dan persaudaraan


Budak tudung labuh cam suka berpuak2 kan..??
camna aku nak join dorang eh..??

jangan takut dengan mereka..
cuba dekati dan fahami mereka..
baca link ini untuk lebih penjelasan..








kesimpulan nya..

mari sahabat2 kenali ISLAM..
jangan terlalu merendah diri sehingga terasa diri terlalu jauh dari rahmat ALLAH..
kembali kepada maha pencipta..
masih ramai yang mampu membimbing kita..
masih ramai yang mampu untuk dekati kita..
dengan niat kerana ALLAH..
persahabatan itu pasti terikat dengan akidah yang jelas dan
ukhawah yang MANTOP!!

Comments

khadijah said…
bonded by faith itu indah :) (referring to ayat last skali) hehe
Assalamu'alaikum...
saya jugak budak sekolah biasa jea...
bukannya dak sekolah agama pun...
masa sekolah dulu saya pun x penah tahu ape itu usrah, ape itu tarbiyah...
tapi saya penah berazam dlm diri masa spm utk jadi lebih baik masa akan datang...
memang payah kan...
time matriklah bru saya kenal apa itu usrah sebab terasa ingin ikut...tapi tak seperti di alam ukm yg lebih meluas alam pengetahuannya...
time join usrah nilah saya baru tahu bertapa kerdilnya diri ini masih byk yg tak tahu...ALLAH...-_-"
tapi saya tetap bersyukur krn saya sudah berani utk berada di dlm medan ini selamanya...insyaALLAH...
indahnya ukhuwah islamiyah kan...^__^
Allah3x.. ye.. sangat2 indah ukhwah islamiyah.. kerana hati2 ini tertaut kerana ALLAH.. dan di satukan kerana fikrah yang sama.. semoga thabat dalam jalan juang ini.. =)